Pemain berpengalaman Lebanon, Mohamad Haidar berpendapat pengadil perlawanan, Thoriq Munir Alkatiri seolah-olah telah memberikan hadiah kepada Malaysia ketika dua pasukan bertemu dalam perlawanan akhir Pestabola Merdeka 2024 semalam.

Haidar menegaskan pengadil perlawanan sepatutnya menghentikan permainan ketika ada pemain Malaysia yang mengalami kecederaan pada separuh masa kedua.

Baca Juga:

“Pada separuh masa kedua, pengadil perlawanan seolah-olah memberi hadiah buat pasukan Malaysia. Pengadil membunuh perlawanan. Kami sudah beraksi secara adil sejak permulaan permainan.

“Kesalahan yang besar buat pengadil. Dia perlu mengawal perlawanan dengan lebih baik. Kami dah menghentikan permainan kerana pemain mengalami kecederaan. Kenapa dia (pengadil) tidak menghentikan perlawanan.

Lebanon Malaysia
Sumber Gambar: FAM

“Namun ianya adalah perlawanan yang baik buat kami. Kami melakukan yang terbaik. Saya harap perlawanan seterusnya, kami lakukan dengan lebih baik,” katanya.

Dalam kejadian tersebut, peminat bola sepak tanah air mengkritik tindakan pemain sayap negara, Akhyar Rashid yang tidak menunjukkan semangat kesukanan.

Pada mulanya, Akhyar Rashid seolah-olah mahu menghentikan permainan namun kemudiannya beliau menghantar bola kepada Arif Aiman yang seterusnya dijatuhkan oleh Khalil Khamis.

Ekoran terjahan itu, Khalil dilayangkan kad kuning kedua oleh pengadil perlawanan sekaligus dibuang pada dan menyebabkan Lebanon beraksi dengan 10 pemain.

Kejadian itu juga mencetuskan perang mulut diantara bangku simpanan kedua-dua pasukan dimana Lebanon berang dengan tindakan Akhyar dan keputusan pengadil yang melayangkan kad merah kepada Khalil.

Pada perlawanan semalam, gol tunggal yang dijaringkan oleh Romel Morales pada separuh masa pertama sudah cukup untuk memberikan kemenangan Malaysia ke atas Lebanon sekaligus menjulang trofi Pestabola Merdeka 2024.

Skuad bimbingan Pau Marti menebus kekecewaan edisi tahun lalu yang mana Malaysia tewas kepada Tajikistan dalam perlawanan akhir.