Pengadil minta jersi Messi baru baru ini telah dijatuhi hukuman berat oleh CONCACAF.

Siapa yang  tidak mahu memiliki jersi Messi termasuk pengadil. Namun ada batasnya untuk seorang pengadil jika mahu menjadikan jersi Messi barang koleksinya.

Messi Inter Miami

Pengadil Mexico, Marco Antonio Ortiz Nava ditugaskan mengadili aksi Inter Miami dan Sporting Kansas City pada aksi Piala Pemnenang CONCACAF.

Alasan pengadil minta jersi Messi

Selepas tamat perlawanan Ortiez meminta jersi dan tandatangan Lionel Messi ketika pemain itu masih berada di atas padang.

Messi pengadil

Dia memberitahu Messi dia memerlukan jersi dan tandatangan pemain itu untuk diberikan kepada salah seorang ahli keluarganya yang sedang memerlukan bantuan.

Tindakan tegas diambil

Tindakan itu kurang disenangi peminat Sporting Kansas City dan pundit turut menyelar tindakan pengadil.

Integriti pengadil telah dipersoalkan kerana jelas dia jelas mahukan jersi Messi.

Messi
Kredit Foto: David Kirouac-USA TODAY Sports

Ada yang menuduh pengadil pilih kasih dalam mengadili perlawanan tersebut.

Beberapa hari kemudian, badan kawalan bola sepak Amerika Utara (CONCACAF) membuka tindakan tatatertib terhadap pengadil Mexico tersebut.

Menurut GOAL, Ortiz Nava telah ‘dilarang daripada mengadili sebarang pertandingan CONCACAF selama enam bulan’. Ini kerana pengadil minta jersi Messi pada ketika dia masih bertugas di lapangan.

Kesan kepada karier

Hukuman ini berita buruk buat Ortiz Nava. Kerana reputasinya membuatkan dia berisiko kehilangan tempat untuk mengadili pertandingan besar CONCACAF.

Buat masa ini, hukuman ini hanya berkuat kuasa di peringkat pertandingan antarabangsa CONCACAF termasuk antara negara dan kelab. Namun di peringkat domestik, pengadil minta jersi Messi itu masih boleh mengadili aksi domestik di Mexico termasuk Liga MX.

CONCACAF turut memberikan amaran, jika dia mengulangi kesalahan itu lagi di masa akan datang dia akan berdepan hukuman penggantungan seumur hidup.

Dia akui kesal dengan perbuatannya kerana telah mencetuskan kontroversi. Dia berjanji tak akan mengulanginya lagi.