Debaran pentas akhir Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL 35) kian terasa! Persiapan pun sudah semakin giat dijalankan para finalis bagi memastikan persembahan mereka nanti tiptop tanpa sebarang cacat cela.

Nak buat persiapan untuk anugerah berprestij macam AJL 35 ini bukan senang tau. Dari sesi latihan sehinggalah persiapan busana untuk digayakan di atas pentas nanti, semuanya kena perfect! Barulah anda yang menonton pun puas hati, betul tidak?

Bantu finalis AJL 35 kesayangan anda buat persiapan akhir!

Sebelum ini, kita hanya dapat lihat melalui kaca TV macam mana sibuknya persiapan AJL di jalankan setiap tahun. Kini, McDonald’s mahu beri anda dan juga 3 ahli keluarga peluang keemasan untuk rasai sendiri pengalaman membantu finalis AJL 35 buat persiapan akhir!

Sebuah keluarga yang terdiri daripada 4 orang ahli keluarga bakal dipilih untuk meluangkan masa seharian bersama seorang finalis bagi melakukan persiapan AJL 35. Anda akan dibawa menemani finalis kesayangan anda ke studio latihan, pemilihan busana dan latihan persembahan di pentas AJL 35.

Lebih seronok, anda dan keluarga juga bakal mengakhiri hari anda dengan menikmati hidangan McDonald’s bersama finalis tersebut! Pengalaman manis anda akan disertakan dalam slot kapsul 1 minit yang bakal ditayangkan dalam Festival Muzik AJL.

Best kan? Bukan itu sahaja, anda juga berpeluang memenangi baucar McDonald’s untuk tempoh satu tahun! Betul, anda boleh makan McDonald’s secara percuma selama setahun! Jimat belanja makan anda!

Macam mana? Mesti sudah teruja membayangkan pengalaman yang tidak mampu dibeli dengan wang ringgit ini kan? Jom kami kongsikan macam mana caranya untuk anda sertai peraduan ini:

AJL-X-MCD-Finalists-2

  1. Buat pesanan melalui McDelivery
  2. Imbas kod QR dalam poster digital yang kami sertakan atau klik di sini untuk pautan ke Google Form yang disediakan.
  3. Isi Google Form yang disediakan dengan alamat e-mel anda dan beritahu kenapa anda nak memenangi peraduan ini. Gunakan alamat e-mel yang sama semasa anda buat pesanan melalui McDelivery tadi.
  4. Peserta dengan pesanan terbanyak dan jawapan yang paling kreatif akan dipilih sebagai pemenang.

Hadiah saguhati pun dapat baucar McDonald’s!

yass

McDonald’s juga akan memilih 10 pemenang bertuah untuk membawa pulang hadiah saguhati berupa baucar bernilai RM200! Bolehlah anda belanja keluarga atau teman-teman sekali.

Jangan bertangguh lagi! Jom daftarkan diri anda sekarang juga! Kesempatan macam ini tidak datang selalu tau. Jadi, bila sudah ada peluang depan mata, anda kenalah gunakan dengan sehabis baik.

Memandangkan ada diantara kita sedang berada di bawah Perintah Kawalan Pergerakan, maka memang lebih mudahlah kalau anda buat pesanan makanan secara atas talian sahaja melalui McDelivery. Senang dan selamat!

Tidak perlu keluar pun, hanya tunggu sahaja makanan anda dihantar terus ke depan pintu rumah. Pesan sekerap yang mungkin bagi meningkatkan peluang anda untuk memenangi hadiah utama! Stay safe dan All the best everyone!