Pada hari ini DYMM Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar berkenan menerima mengadap Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Johor, Jamaludin A Hamid dan Mufti Negeri Johor, Dato’ Yahya Ahmad di Johor Bahru.

Semasa pertemuan sekeping kertas berwarna kuning kenyataan media mengenai penegasan penceramah memiliki tauliah mengajar dan memberi syarahan agama Islam negeri Johor telah dipersembahkan kepada Baginda Tuanku.

HYPE
Wayout Solution Cipta Sejarah Rangkul Anugerah Company Of The Year
Baca lagi →

Baca Juga:

Mailis Agama Islam Negeri Johor merupakan pihak berkuasa agama Islam yang
menjaga urusan hal ehwal masyarakat Islam di negeri Johor Darul Ta’zim agar
mematuhi hukum syarak yang berlandaskan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah aliran al-Asya’irah dan al-Maturidiyyah, syariatnya berlandaskan mazhab Shafie tanpa menolak mazhab-mazhab muktabar lain aitu Hanafi, Maliki dan Hanbali serta bertasawuf berlandaskan Imam Junaid al Baghdadi dan Imam al-Ghazali.

Antara kaedah mengawal doktrin dan fahaman yang menyeleweng dari hukum
syarak di negeri Johor ini ialah mereka yang mengajar dan memberi syarahan agama Islam di negeri Johor atau apa-apa perkara tentang agama Islam hendaklah memiliki tauliah dari Majlis Agama Islam Negeri Johor. Tauliah ini meliputi di masjid dan surau serta di mana-mana tempat dalam negeri Johor.

Ini selaras dengan seksen 118(3) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Johor) 2003. Mana-mana orang yang mengajar dan memberi syarahan agama Islam di negeri Johor tanpa tauliah adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh diambil tindakan berdasarkan Seksyen 119(1) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Johor) 2003 dan Seksyen 11 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 1997.

Jika disabitkan kesalahan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Selain itu, mana-mana orang yang bertindak sebagai penganjur kepada acara mengajar dan member syarahan agama Islam menggunakan penceramah yang tidak bertauliah dari Majlis Agama Islam Neger Johor, adalah melakukan suatu kesalahan penyubahatan sebagaimana Seksyen 43 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 1997 dan lika disabitkan kesalahan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya, sebagaimana dinyatakan di Seksyen 45 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 1997.

“Oleh itu, masyarakat Islam di negeri Johor hendaklah mematuhi undang-undang yang telah dikanunkan in, demi memastikan syiar Islam yang benar dan betul ditegakkan dan dilaksanakan di negeri Johor Darul Ta’zim berlandaskan Ahli Sunnah Wal Jama’ah aliran al-Asya’irah dan al-Maturidiyyah,” petik kenyataan media rasmi negeri Johor.