Penganjur Liga X menyasarkan untuk mendapatkan lagenda seperti Ronaldinho dan Kaka untuk edisi akan datang.

Edisi sulung Liga X telah berlangsung pada 19 Julai di Stadium KLFA, Cheras dimana pasukan Bangsa Bola muncul juara.

Baca Juga:

Pasukan yang dibarisi oleh John Terry itu menewaskan pasukan Wizards di pentas final sekaligus muncul juara.

Bangsa Bola
Pasukan Bangsa Bola

Mahu Bawa Ronaldinho, Kaka

Pengarah Liga X, Adam Azman memberi bayangan kejohanan dengan format seperti ini mungkin diteruskan pada masa akan datang.

“Kami menguji konsep baharu ini, dan saya rasa terdapat sambutan dari peminat bola sepak Malaysia.

“John Terry beritahu kami bahawa kejohanan dengan konsep seperti ini boleh diteruskan di Malaysia.

“Saya rasa Terry akan kembali pada edisi selepas ini, kami perlu lihat pemain lain seperti Ryan Giggs dan Dimitar Berbatov.

Ronaldinho

“Saya harap kami dapat lagenda seperti Ronaldinho dan Kaka untuk beraksi di Liga X,” katanya.

Bekas pemain Selangor dan Sri Pahang, Sean Selvaraj muncul sebagai penjaring terbanyak, pemain terbaik dan turut tersenarai dalam barisan 7 pemain terbaik kejohanan.

Pasukan Wizard yang dikendalikan oleh YB Khairy Jamaluddin sambil dibantu lagenda Manchester United, Ryan Giggs muncul sebagai naib juara.

Dua lagi pasukan yang mengambil bahagian dalam kejohanan edisi pertama kali ini ialah pasukan Harimau diketuai oleh lagenda Malaysia iaitu Safee Sali Dan mastermind Tony Fernandes.

Pasukan Zurich pula diketuai Dimitar Berbatov dan mastermind Junior Cho.