Di tengah-tengah kebimbangan global tentang ancaman pandemik yang belum dikenal pasti secara khusus, dipanggil “Penyakit X“, rakyat Amerika Syarikat (AS) terus berdepan dengan gelombang teori konspirasi yang mengancam kestabilan maklumat dan kesihatan awam.

Amaran yang dikeluarkan baru-baru ini oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berhubung potensi “Penyakit X” telah disalahguna oleh para penganut ahli teori konspirasi.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Semakan fakta oleh AFP mendapati terdapat beberapa gerakan penyebaran maklumat yang salah, didorong oleh dakwaan palsu yang terjadi di platform media sosial.

Pengaruh sayap kanan, seperti pengasas laman InfoWars Alex Jones, telah secara agresif merebut peluang untuk menyebarkan dakwaan palsu tentang rancangan globalis untuk menggunakan “Penyakit X” sebagai ‘senjata pembunuhan beramai-ramai’.

Dakwaan ini telah menimbulkan ketakutan dalam kalangan masyarakat.

Akibat daripada penyebaran maklumat yang salah mengenai “Penyakit X”, ia telah menjejaskan usaha pencegahan dan penyediaan kecemasan kesihatan awam.

Selain itu, terdapat juga peningkatan keraguan terhadap keberkesanan vaksin. Sesetengah ibu bapa menolak vaksinasi untuk anak-anak mereka, yang boleh menjejaskan usaha untuk mencegah penyakit berjangkit.

Ahli teori konspirasi telah mengeksploitasi keadaan ini untuk mengaut keuntungan melalui penjualan peralatan perubatan yang belum terbukti berkesan.

Ini menunjukkan bahawa motivasi kewangan adalah faktor utama dalam penyebaran maklumat yang salah.

Penyebaran teori konspirasi yang berkaitan dengan “Penyakit X” di AS telah memberi kesan yang besar bukan sahaja pada kesihatan awam tetapi juga pada kestabilan maklumat dan kepercayaan orang ramai.

Tindakan segera daripada pelbagai pihak sama ada daripada sektor awam mahupun swasta diperlukan bagi meminimumkan kerosakan dan membina daya tahan masyarakat terhadap ancaman yang tidak menentu ini.

Sumber