Faruk Fateh Ozer selaku pengasas platform tukaran matawang kripto Thodex yang mana ia sudah jatuh pada tahun 2021 telah dijatuhkan hukuman penjara selama 11,196 tahun oleh mahkamah Turki.

Malah, aktiviti jenayah ini juga dilakukan bersama dua abangnya yang mana turut menerima nasib yang sama. Hukuman itu dikenakan atas pelbagai jenayah yang dilakukan termasuklah penipuan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Sedikit latar belakang suspek, beliau merupakan seorang pelajar yang tercicir dari sekolah menengah lalu mengasaskan Thodex pada 2017 dan melarikan diri ke Albania selepas Thodex terkubur.

Beliau bersama dua abangnya didapati bersalah atas penipuan, pengubahan wang haram dan menubuhkan organisasi jenayah.

Ozer pada mulanya dilaporkan melarikan diri dari Turkiye pada April 2021 bersama-sama aset pelabur bernilai AS$2 bilion (kira-kira RM9.4 bilion) walaupun angka itu dipertikaikan.

Pendakwa raya berkata, Ozer memindahkan 250 juta lira (kira-kira RM43.5 juta) dalam aset pengguna ke tiga akaun rahsia ketika melarikan diri dari Turkiye pada April 2021, dengan sebahagian besar wang itu berakhir di bank Malta.

Dakwaan itu menyatakan tiga beradik Ozer itu secara keseluruhannya menyebabkan pelanggan kerugian 356 juta lira (kira-kira RM62 juta).

Bagaimanapun, jumlah kerugian sebenar  yang dialami pelabur apabila Thodex terkubur masih tidak jelas. Hal ini kerana media di Turki telah melaporkan angka setinggi $2 bilion (~RM9.3 bilion).

Satu kajian oleh Chainalysis pula menggangarkan nilai kriptowang yang hilang di Thodex adalah pada $2.6 bilion (~RM12 bilion). Sementara itu, Ozer tidak menunjukkan sebarang reaksi menyesal sebaliknya hanya membidas dakwaan penubuhan organisasi jenayah adalah tidak tepat.