Pengasas sebenar Real XPDC bersama dengan arwah Mael iaitu Azmey telah meminta pihak Eddy Badry menunjukkan dokumen bukti dia pengasas dan pemilik hak cipta kumpual tersebut.
Dalam dua hari ini hangat berita tentang penggunaan nama Real XPDC yang dianggap menyalahi undang undang.
Baca Juga:
- Eddy Badry Ancam Saman XPDC KPY Kerana Ganggu Pergerakan Real XPDC
- Eddy Badry: ‘Saya Yang Tubuhkan XPDC! Apa Lu Cerita?’
- ‘Saya Makin Kenal Siapa Kawan Tikam Belakang’ – Hattan Bersyukur Kerjaya Tidak Terjejas
Semalam pengurus XPDC Kita Peng Yu, Bro Yazid tampil memberikan amaran kepada Real XPDC yang diuruskan oleh Eddy Badry berhenti mengambil kesempatan ke atas nama XPDC.
Kerana menurut Yazid, XPDC adalah hak Life Records dan hanya dua kumpulan dibenarkan menggunakan nama itu iaitu XPDC Kita Peng Yu dan XPDC Militia.
Yazid turut mendedahkan Real XPDC yang ditubuhan arwah Mael dan rakannya Azmey sudah tidak wujud lagi. Real XPDC yang ada pada hari ini tiada kaitan dengan Real XPDC sebenar.
Seterusnya Yazid menyatakan tiada seorang pun anggota Real XPDC hari ini pernah bersama XPDC.
Eddy Badry bengang dengan Yazid dan menuduhnya kuat temberang. Sambil menyatakan dia berhak ke atas nama XPDC dan Real XPDC kerana dia pengasas dua kumpulan tersebut.
Dia sebelum ini memberikan amaran mahu menyaman Yazid dan XPDC Kita Peng Yu jika berterusan mengganggu pergerakan Real XPDC. Ini selepas kenyataan Yazid turut membidas penganjur yang menyokong XPDC palsu itu – menurut Yazid.
Terbaru, Azmey, yang menubuhkan Real XPDC bersama arwah Mael tampil memberikan kenyataan.
Dipetik dari Astro Awani, Azmey berkata: “Jika berasakan bahawa mereka bukan XPDC tetapi adalah Real XPDC seperti yang didakwa, mereka perlu tampil memberikan dokumen dan bukti untuk membolehkan ia dihalalkan dan tidak menyalahi undang-undang mahupun hak cipta sesiapa.”
Azmey mengecam pihak yang menggunakan nama Real XPDC yang kini semakin menjadi jadi kegilaan mereka menggunakan nama XPDC dan juga menyanyikan lagu lagu XPDC dalam persembahan mereka.
Tindakan mereka adalah menyalahi undang undang hak cipta dan penipuan bermotifkan keuntungan semata mata, menurut Azmey.
Azmey tidak banyak cakap, dia meminta pihak tersebut menunjukkan bukti pemilikan mereka ke atas Real XPDC. Real XPDC pernah didaftarkan satu ketika dahulu oleh Azmey dan Mael.
Namun tidak lama selepas itu nama itu tidak boleh digunakan kerana melanggar akta hak cipta. Dan mereka menukarkannya kepada Real X.
Azmey menolak sama sekali tuntutan Eddy Badry bahawa dia adalah pengasas Real XPDC. Kalau betul dia pengasas, dia harus mengemukakan buktinya.
Azmey menambah: “Tidak benar sama sekali. Siapa mereka ini? Senang-senang nak mengaku Real XPDC adalah hak mereka. Apa buktinya? Boleh sertakan sijil pemilikan apa-apa?
“Real XPDC Production (M) Sdn. Bhd. sebenarnya telah didaftarkan secara rasmi oleh kami bersama Mael pada 30 April 1998 dan diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965.
“Ketika itu ia ditubuhkan dengan tujuan untuk meneruskan kerjaya Mael dalam industri muzik tanah air selepas keluar dari XPDC. Real XPDC selepas itu telah menandatangani kontrak dengan pihak
EMI Music pada 2002 dan telah mengeluarkan album pada awal 2004,” jelasnya kepada Astro AWANI lagi.
Azmey lantas memberitahu peminat bahawa, mereka yang mendakwa mereka adalah Real XPDC sebenarnya bukan ‘real’ selagi mereka tiada bukti dengan dokumen.
Mereka tiada kaitan langsung dengan Real XPDC yang asal. Kenyataan Azmey ini selari dengan Yazid yang menyatakan bahawa Real XPDC yang asal milik Mael dan Azmey dan ianya sudah lama tidak aktif.
Azmey malah memahami kenapa peminat tegar XPDC tidak boleh menerima Real XPDC. Azmey menganggap peminat marah bersebab dan berasas. Kerana Real XPDC sewenang wenang menggunakan material lagu dan hak cipta XPDC atau Real XPDC sebenar.
Tindakan mereka diibaratkan mengelirukan orang ramai. Sambil Azmey menganggap ‘Real XPDC’ versi Eddy Badry ini tak ubah seperti orang yang memakan hasil curi.
Azmey turut senada dengan Yazid mengecam penganjur yang sewenang wenang memanggi Real XPDC palsu ini membuat persembahan tanpa mengetahui fakta.
Tindakan mereka ini dianggap merosakkan nama Real XPDC yang pernah menghiasi industri muzik tanah air dengan diketuai arwah Mael.
Azmey meminta perkara ini diselesaikan segera dengan baik dalam masa terdekat.