Pada minggu lalu laporan Khazanah Nasional Bhd telah menjual Kidzania Singapura pada harga RM379,398 menjadi perbualan ramai.

Terbaharu, pengendali taman tema berpangkalan di Singapura, Sim Leisure Group yang mengambil alih Kidzania Singapura menjelaskan bahawa Khazanah tidak terbabit dalam proses penjualan taman tema itu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Memetik laporan Harian Metro, KidZania Singapura adalah aset gagal yang ditutup pada 2020 dan menjadi penerima di bawah pelikuidasi Singapura, yang mana Sim Leisure Group membeli aset tidak alih itu.

Katanya, ia mengambil bidaan daripada pelikuidasi untuk aset tidak alih KidZania Singapura pada kemuncak pandemik menjelang akhir 2020 dan kemudian mengambil masa dua tahun untuk merunding pajakan bagi kemudahan itu dengan Sentosa Development Corp.

“Khazanah Nasional Bhd tidak pernah terbabit dalam proses itu. Memandangkan aset itu berada di tangan pelikuidasi Singapura, semua urusan Sim Leisure Group adalah melalui pelikuidasi,” katanya dalam satu kenyataan.

Kenyataan itu dikeluarkan bagi mengulas dakwaan bahawa ia telah memperoleh KidZania Singapura pada ‘harga tidak munasabah’.

Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Sim Leisure Group, Datuk Sim Choo Kheng berkata, dalam mengambil alih aset yang gagal seperti KidZania Singapura, yang mana pihaknya dikritik kerana harga pembelian, orang ramai tidak faham bahawa taman tema yang gagal boleh menjadi ‘besi buruk’ pada kebanyakan masa, seperti MAPS di Ipoh.

Katanya, tidak seperti aset lain yang gagal seperti hotel atau resort yang boleh digunakan semula menjadi pangsapuri kediaman atau kegunaan komersial lain, projek taman tema yang gagal mempunyai penggunaan yang sangat terhad.

“Terdapat banyak cabaran yang dihadapi oleh industri taman tema di pasaran baru muncul. Taman Tema adalah berisiko tinggi, kerana ia adalah perniagaan yang sangat khusus, yang menjelaskan mengapa begitu banyak projek gagal.

“Kebanyakan pelabur di rantau ini tidak mempunyai pengalaman dan kepakaran dalam bidang yang sangat khusus ini, ia seperti orang yang telah melakukan latihan pertolongan cemas yang cuba menjadi pakar bedah jantung,” katanya.

Choo Kheng berkata, kebanyakan pelabur taman tema di rantau ini tidak terbabit dalam perniagaan itu dan menggunakan taman tema untuk menambah nilai pembangunan mereka untuk menjual hartanah atau mempromosikan perniagaan mereka yang lain, atau kerajaan dengan niat baik untuk memangkin pelancongan.

Sumber