Acap kali kita mendengar mesej palsu yang tular seperti insiatif bantuan dari kerajaan, menang peraduan dan banyak lagi. Ditambah pula dengan pilihanraya yang bakal berlangsung tidak lama lagi sekaligus terdapat pihak yang cuba mengambil kesempatan untuk membuat penipuan.
Terbaharu, pihak Polis Diraja Malaysia telah memberi amaran berkenaan mesej yang tular yang mengatakan terdapat saluran bantuan dari kerajaan Barisan Nasional berjumlah RM500 menerusi TNG eWallet. Mesej yang diterima sebenarnya tiada berkait dengan mana-mana pihak dan hanyalah perangkap sahaja.
Baca Juga:
- Elakkan Diri jadi Mangsa Scam, Ini 12 Pelaburan Emas ‘Trusted’ Yang Patuh Syariah
- Bagaimana Tindakan Pantas Usahawan Ini Berjaya Elak Jenamanya Daripada Bankrap
- Jangan Ulang 5 Kesilapan Kewangan Orang Malaysia Selalu Buat
https://twitter.com/SuaraPeribadi/status/1585521902638206976?s=20&t=Ht5IptBVchzHC9Lk2GxQzg
Malah, pihak PDRM menekankan mesej seumpama ini kebiasaannya disebarkan oleh sindiket penipuan dalam talian dengan harapan untuk memerangkap mangsa terpilih. Malah, terdapat perkongsian seorang pengguna Twitter yang menunjukkan tangkap layar seorang mangsa yang disyaki kerugian hampir RM2,000 disebabkan oleh mesej tersebut.
Oleh itu, anda diingatkan untuk berhati-hati dengan mesej yang diterima daripada sumber yang musykil. Malah, sebarang pautan yang disertakan juga sangat merbahaya untuk diklik kerana kebiasaannya menjadi punca utama kepada godaman akaun bank dan seumpamanya.