Seorang penghantar barang difahamkan berada di Sungai Petani, Kedah sanggup menerima sebuah tempahan dari Bukit Bintang ke Bangsar.
Perkara ini didedahkan sendiri oleh pengguna media sosial X, Fyna dalam satu hantaran yang dibuat olehnya baru-baru ini.
Baca Juga:
- Grab Beli Teksi Dengan Harga RM344 Juta, Lapor Sumber
- Grab Nafi Sokong Israel, Ikrar Kekal Teguh Dengan Pendirian Pro Kemanusiaan
- Insiden Rider vs Pemandu Singapura: Grab Keluar Kenyataan Maaf Format Insta Story
Difahamkan bahawa beliau mahu menghantar barang dari Bukit Bintang ke Bangsar dengan menggunakan perkhidmatan pemandu Grab.
Apa yang mengejutkan beliau adalah aplikasi Grab memberitahunya bahawa pemandu akan sampai ke lokasinya pada jam 3 petang.
Selepas melihat butiran lanjut, dia terkejut bahawa pemandu yang dipertanggungjawabkan untuk menghantar barang tersebut datang jauh dari Sungai Petani yang terletak di utara Malaysia.
order grab ingat nak hantar barang dari bukit bintang ke bangsar, terkejut dapat eta rider akan sampai 3pagi. tengok2 grab assigned rider all the way from sungai petani. am i a joke? đŸ˜ pic.twitter.com/3I9xxkh7I2
— Fyna | Swifty đŸ‡µđŸ‡¸ (@Axfyna) December 14, 2023
Tidak pasti kenapa Grab menghantar seorang pemandu yang jauh dari utara Malaysia, kemungkinan besar mungkin terdapat masalah dengan aplikasi tersebut.
Bagaimanapun, apa yang membuatkan orang ramai lebih kasihan dengan pemandu tersebut adalah keseluruhannya perkhidmatannya yang datang jauh dari utara Malaysia hanya dibayar sebanyak RM17.
Fyna cuba berinteraksi dengan pemandu Grab tersebut, namun tiada apa-apa balasan yang beliau terima. Tidak lama selepas itu, beliau membantalkan tempahan tersebut.
Ciapan tersebut mendapat pelbagai reaksi netizen, kebanyakan mereka menerimanya dengan reaksi yang ketawa. Sebahagian pula meminta Fyna untuk memberi maklumat terkini mengenai kejadian tersebut.