Perodua tampil memberikan penjelasan isu berkaitan rungutan seorang pembeli kereta Perodua Bezza yang terus rosak baru baru ini.
Sebelum ini tular isu Perodua enggan bertanggungjawab di atas kerosakan kereta Bezza dibeli seorang pengguna yang hanya berada di tangannya selama 8 jam sebelum kereta itu rosak.
Baca Juga:
- Terlalu Yakin Boleh Lepas, Kereta Bezza ‘Lowered’ Sangkut Bonggol Sampai Tercabut Bumper
- Wanita Ini Buntu Bezza Rosak Selepas 8 Jam Digunakan, Perodua Enggan Bertanggungjawab Kerana Gula Punca Enjin Rosak
- Ibarat Permainan ‘GTA’, Polis Kejar Bezza Dari Petaling Jaya Hingga Ke Cyberjaya
Wanita bernama Nagakanni Subramaniam buntu apabila Perodua enggan bertanggungjawab di atas kerosakan enjin keretanya yang baru berjalan 46km sahaja.
Alasannya, ada bendasing seperti gula di dalam keretanya yang menyebabkan kerosakan enjin.
Not Proton throwing shade at Perodua fasal isu kereta rosak sebab ada gula dalam enjin 😂😠pic.twitter.com/ddN9cr5K7d
— ALAN (@IniAlalalannn) January 3, 2024
Netizen simpati dengan wanita tersebut yang menurut mereka, Perodua telah gagal menguruskan masalah tersebut dengan lebih baik.
Wanita Ini Buntu, Bezza Rosak Selepas 8 Jam Digunakan, Perodua Enggan Bertanggungjawab Kerana Gula Punca Enjin Rosakhttps://t.co/ETwungyTAc
— VOCKET (@thevocket) January 2, 2024
Menurut Nagakanni lagi dia dicadangkan oleh pegawai Perodua untuk membuat pinjaman baharu untuk membeli kereta baharu. Dia menolak solusi itu kerana dia masih terikat dengan pinjaman lama.
Di mana dia terus membayar RM537 sebulan walaupun kereta masih tidak dapat digunakannya.
Jawapan Perodua
Hari ini Perodua tampil menjelaskan tentang perkara itu. Menurut mereka, pihak Perodua telah memberikan beberapa pilihan penyelesaian. Ini termasuk menawarkan kereta sementara untuk kegunaan Nagakanni.
Selain itu Perodua turut menafikan mereka tidak mengambil langkah pro aktif ke atas aduan tersebut.
Perodua turut berunding untuk membeli semula kereta daripada wanita itu. Dan ianya ditolak.
Berikut penjelasan Perodua:
“Kenyataan berhubung isu Perodua Bezza oleh Ketua Pegawai Operasi Perodua Sales Sdn Bhd, Encik JH Rozman Jaafar
“Merujuk kepada aduan yang diterima daripada pelanggan kami mengenai kereta Perodua Bezza yang baru dibeli, kami ingin memaklumkan bahawa pihak Perodua sudah berkomunikasi dengan pelanggan terbabit sejak Oktober tahun lalu.
“Sejak itu, kami telah mengambil beberapa langkah untuk menyelesaikan isu terbabit termasuklah dengan menawarkan kereta sementara untuk digunakan serta menawarkan pilihan untuk membeli semula kereta berkenaan.
“Perodua juga telah memberi jaminan kepada pelanggan berkenaan untuk mengutamakan kes beliau dan kami juga ingin menepis dakwaan bahawa tiada sebarang tindakan diambil oleh pihak syarikat untuk menyelesaikan isu ini.
“Siasatan menyeluruh berhubung isu ini sedang dijalankan dan kami akan berkongsi maklumat lanjut mengenainya selepas is selesai.
Official statement from our COO of Perodua, Encik JH Rozman Jaafar. pic.twitter.com/zHi0TMjEKR
— Perodua (@perodua) January 3, 2024
“Kami memohon maaf di atas sebarang kesulitan yang timbul dan terima kasih di atas kerjasama yang diberikan.”