Khazanah Nasional Bhd dan Permodalan Nasional Bhd (PNB) telah mengeluarkan kenyataan berhubung penjualan saham FashionValet kepada sebuah firma pelaburan tempatan.

Memetik kenyataan rasmi, telah melabur RM27 juta untuk memperoleh 9% kepentingan dalam FashionValet pada tahun 2018.

Baca Juga:

Pelaburan itu dibuat kerana potensi platform e-dagang fesyen tempatan yang memiliki lebih daripada 400 jenama dan 15,000 produk di platformnya serta menjangkakan pertumbuhan pendapatan sekitar 60% setiap tahun.

“Rasional pelaburan kami berasaskan tema e-dagang luar talian ke dalam talian (Offline-to-Online), serta komitmen untuk menyokong usahawan Malaysia dan syarikat peringkat awal yang berpontensi,” kata Khazanah.

Bagaimanapun, cabaran besar timbul disebabkan pandemik COVID-19, termasuk rancangan perluasan platform.

Bagi mengatasi isu tersebut, di bawah bimbingan Lembaga Pengarah dan pemegang saham, beralih fokus daripada menjadi sebuah platform e-dagang untuk jenama Asia Tenggara kepada mengembangkan jenama milik penuh, dUCk dan Lilit, bagi mengekalkan margin operasi dan aliran tunai syarikat tersebut.

Namun syarikat namun terus menghadapi cabaran walaupun telah mengambil langkah; merasionalisasi kos, menyelaraskan operasi dan pengumpulan dana dalam persekitaran yang sukar pada tahun 2022-2023.

Difahamkan NXBT Partners menawarkan ‘solusi’ dengan memperoleh kepentingan pemegang saham sedia ada dan menyuntik modal ke dalam FashionValet.

“Memandangkan Syarikat memerlukan dana dengan segera untuk meneruskan operasi, dan memandangkan pelaburan telah mencapai akhir tempoh pegangan yang disasarkan, Khazanah mempertimbangkan dan menerima tawaran tersebut.

“Penjualan ini adalah satu langkah keluar yang bertanggungjawab untuk mengalih pemilikan kepada pihak yang mampu membantu mendorong Syarikat ke arah trajektori pertumbuhan baru,” kata dana kekayaan negara berdaulat itu.

Khazanah juga akan terus melabur secara bertanggungjawab dan mengurus aset untuk pulangan pelbagai generasi yang mampan bagi negara.

Pada masa sama kekal komited untuk menjana transformasi syarikat-syarikat Malaysia pelbagai saiz untuk meningkatkan produktiviti dan daya saing negara, selaras dengan program GEAR-uP yang diterajui Kementerian Kewangan.

“Kami percaya bahawa ekosistem permulaan adalah penggerak inovasi, pertumbuhan ekonomi dan penciptaan pekerjaan di Malaysia. Walaupun terdapat risiko pelaburan dan cabaran yang lebih tinggi dengan syarikat peringkat awal, Khazanah akan terus berdedikasi untuk menyokong syarikat permulaan tempatan dan akan terus bersama mereka sehingga mencapai kejayaan serta pertumbuhan.

“Kami menghargai segala kepercayaan dan sokongan berterusan daripada para pemegang kepentingan kami, dalam usaha kami mencapai matlamat ekonomi negara selaras dengan aspirasi Ekonomi MADANI kerajaan,” kata Khazanah lagi.

Terdahulu, kedua-dua pengasas platform fesyen dalam talian terkemuka itu, Vivy Yusof dan suaminya telah melepaskan jawatan mereka di FashionValet.

Sumber