Pentas IO selaku platform NFT tempatan mengumumkan kolaborasi bersama Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) dalam meningkatkan inovasi penghasil karya digital dalam negara menerusi program orientasi aset digital.

Kolaborasi ini bakal menyaksikan suntikan dana RM4 juta ditawarkan menerusi program yang bakal berlangsung selama sebulan memfokuskan kepada penghasil karya digital dalam negara.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Pentas IO x MDEC

Menerusi kolaborasi Pentas IO bersama MDEC, dana yang tersedia bakal disalurkan dalam menghasilkan aset digital dan juga poster NFT bagi tujuan animasi serta game.

Poster ini bukan sahaja akan menunjukkan potensi naratif dan nilai komersial yang berkembang tetapi juga merangkumi cerita unik dan tersendiri mengenai negara Malaysia.

Tema Program: Intipati Malaysia dalam Seni Digital

Penghasilan metaverse yang lebih besar antara yang bakal diusahakan dalam menghasilkan aset dalam bentuk 3D dalam meningkatkan lagi pengalaman dalam ekosistem metaverse berkenaan.

Ini juga turut akan diadakan tetapi ini untuk tahap kedua. Untuk penghasilan metaverse, MDEC menawarkan RM 20,000 untuk penghasil yang berjaya.

Skim insentif: menjana inovasi dengan pembiayaan tambahan

Pencipta yang layak akan menerima dana antara RM2,500 hingga RM 4,000 yang diagihkan dalam tiga peringkat:

Reka Bentuk dan Pembangunan Insentif Aset Digital: RM2,500.
Insentif Pemfailan IP/Tanda Dagangan: Tambahan RM1,000.
Perbelanjaan Pemasaran dan Pengkomersilan: Tambahan RM500 untuk perbelanjaan pemasaran, dengan bukti perbelanjaan diperlukan.

Kelayakan: Panggilan kepada semua penghasil karya digital berwarganegara Malaysia dan perniagaan atau syarikat yang berdaftar di Malaysia dan dimiliki sepenuhnya oleh warganegara Malaysia.

Era Baru untuk Kreativiti Digital Malaysia

Kerjasama antara Pentas IO dan MDEC ini menandakan satu langkah penting ke hadapan dalam memupuk ekonomi digital yang rancak di Malaysia. Dengan memperkasakan pencipta digital dan mengembangkan ufuk digital, Pentas IO dan MDEC bersedia untuk membuka potensi penuh bakat Malaysia dalam arena digital global.

Para pengkarya digital yang berminat dengan program ini berpeluang untuk mengetahui lebih lanjut dengan klik di sini.