Di Korea Selatan, peternak anjing untuk dimakan telah bertembung dengan pihak polis dalam satu demonstrasi yang pada awalnya aman bertukar menjadi ganas.

Mereka membantah dasar baharu kerajaan Korea Selatan yang mengharamkan penjualan daging anjing untuk tujuan dimakan dalam masa 3 tahun ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Kerajaan pimpinan Yoon Suk Yeol telah mengharamkan penjualan dan pertenakan anjing untuk tujuan dimakan dan menawarkan pakej pampasan kepada penternak yang terkesan dengan langkah itu.

Kerajaan juga mendapat banyak sokongan daripada wakil rakyat pembangkang yang senada dengan mereka. Menguatkan lagi usaha perlaksaan dasar itu dibuat segera.

Kerajaan Korea mahu mendidik rakyat mereka bahawa anjing bukan haiwan ternakan tetapi haiwan peliharaan. Dengan sekitar 6 juta isi rumah di Korea ketika ini ada memelihara anjing. Malah ada ramai yang memelihara lebih daripada seekor anjing.

Kerajaan Korea turut menggalakkan rakyatnya membela anjing sebagai haiwan yang boleh digunakan sebagai membantu menjaga rumah atau kebun para petani.

Tindakan kerajaan itu dibantah oleh penternak anjing yang menyatakan bahawa daging anjing adalah daging untuk dimakan.

Penternak penternak anjing ini berhimpun di hadapan pejabat Presiden dengan membawa lori dan anjing ternakan di dalam sangkar mereka.

Permintaan ke atas daging itu juga tinggi di Korea Selatan. Namun dalam beberapa tahun kebelakangan ini semakin ramai rakyat Korea menentang budaya memakan anjing yang dianggap budaya orang tak bertamadun atau gasar.

Dalam tinjuan tahun lalu hanya 8% rakyat Korea ada malam anjing pada tahun lalu. Berbanding 27% ketika satu tinjauan dibuat pada 2015.

Salah seorang penternak anjing tersebut menyatakan bahawa kerajaan tidak ada hak melarang orang memakan daging anjing kerana ianya pilihan masing masing.

Mereka mendesak kerajaan membatalkan undang undang tersebut yang dianggap menindas rakyat dan menutup periuk nasi beribu ribu peniaga yang menjalankan perniagaan tersebut. Ini termasuk penternak dan juga peniaga restauran.

Mereka juga mengecam kerajaan sebagai terikut ikut budaya barat dan beberapa negara lain yang mengharamkan pemakanan daging anjing. Mereka meminta kerajaan tidak menghapus budaya negara mereka sendiri.

Seorang petani berkata: “Kami tak setuju dengan idea yang menganggap memakan anjing sebagai budaya gasar, kerana negara kita ada tradisi dan budaya kita sendiri. Masih banyak lagi negara lain yang memakan anjing. Kenapa kita perlu mengikut negara yang tidak makan anjing?”

Petani dan peniaga restauran yang menjual daging anjing mahu kerajaan membuat pusingan u dalam dasar itu. Tetapi berdasarkan suara rakyat rata rata menyokong langkah kerajaan itu.