Sudah menjadi tradisi di mana setiap kali Aidilfitri, pasti ada sahaja filem raya terbaru yang dilancarkan untuk tontonan kesemua rakyat Malaysia.

Filem raya ini masing-masing tampil dengan idea kreatif dalam mendapat perhatian penonton. U Mobile juga tidak terkecuali pada kali ini.

Uniknya, filem raya daripada U Mobile yang hadir dengan tajuk PITA HATI ini berjaya tampil dengan kelainan berbanding filem raya yang lain dengan menampilkan sebuah lagu OST daripada kumpulan popular Punk Rock Malaysia.

Segalanya bermula dengan ‘putu piring’

Seperti ramai sedia maklum, sudah menjadi asam garam perkahwinan di mana setiap pasangan tidak terlepas dengan ujian.

Begitu juga dengan Nurul apabila ingatan suaminya mengenai kisah cinta mereka kian pudar dari hari ke hari menerusi insiden yang berlaku sewaktu suaminya mahu membeli putu piring di bazar Ramadan.

Sejak dari insiden itu, hubungan pasangan ini seolah berubah selepas doktor memaklumkan suaminya mungkin mengalami gangguan melibatkan ingatan masa lalu.

Lebih menyedihkan buat Nurul, beliau sudah mencuba bermacam cara untuk pastikan ingatan suaminya pulih seperti dulu.

Masihkah ada harapan buat mereka untuk beraya sebagai pasangan suami isteri untuk tahun ini?

Ayuh tonton iklan raya terbaru daripada U Mobile untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai nasib yang menimpa Nurul.

Turut menampilkan kumpulan One Buck Short

Buat julung-julung kalinya, siapa sangka kumpulan lagenda One Buck Short bakal membuat comeback selepas 13 tahun dengan mengeluarkan lagu terbaru yang sekaligus menjadi OST bagi filem raya U Mobile.

Untuk pengetahuan, One Buck Short merupakan kumpulan Punk Rock Malaysia yang sudah berada dalam industri muzik tempatan selama lebih dua dekad.

Lagu popular mereka sebelum ini terdiri daripada Khayalan Masa, Kelibat Korupsi dan juga Ditiup Kata Rindu.

Lagu teaser OST ‘Pita Hati’ ini adalah hasil kolaborasi mereka bersama syarikat telekomunikasi terkemuka Malaysia, U Mobile. Nantikan pelancaran single terbaru ini tidak lama lagi.

Dapatkan iPhone 14 atau iPhone 13 tanpa bayaran selama 6 bulan

Sebut mengenai Hari Raya mestilah ramai yang mahukan serba baharu bukan? Barulah lebih best dan meriah. Sehubungan dengan itu, U Mobile tampil dengan inisiatif dengan menawarkan promosi khas sempena raya.

Menerusi promosi ‘U Postpaid 68’ atau ‘U Postpaid 98’, para pengguna berpeluang mendapatkan Apple iPhone 14 atau iPhone 13 tanpa perlu membuat sebarang pembayaran* selama 6 bulan. Menarik bukan?

Bolehlah anda bergaya dengan iPhone baru dan ‘OOTD’ menggunakannya tanpa perlu berbelanja besar di musim perayaan.

Anda boleh ketahui lebih lanjut mengenai promosi luar biasa U Mobile ini dengan klik di sini.

*Tertakluk kepada terma & syarat U Mobile.

Ayuh tonton filem raya U Mobile bertajuk ‘PITA HATI’ di semua platform media sosial mereka.