Seluruh dunia sedang melihat kebangkitan rakyat Nepal protes ke atas ahli politik yang korup. Di mana mereka hidup mewah sedangkan rakyat menderita.
Rakyat benar benar bengang dengan ahli politik yang hanya menyenangkan kaum keluarga mereka sahaja menggunakan hasil duit rakyat.
Antaranya, anak anak nepo ini hidup mewah hasil daripada wang yang diberikan ibu bapa mereka. Wang itu dari cukai rakyat.
Nepal
The lifestyle of politicians' children is directly linked to corruption in that country.From luxury cars to designer clothes and endless vacations – everything is paid for with taxpayers' money.
Anger can wait, but when it comes, it hits hard – just like in Nepal. pic.twitter.com/lX9eUf5dmc
— Sprinter Express (@SprinterExpres0) September 9, 2025
Kini rakyat bangkit dengan cara yang agresif. Mereka turun ke jalanan melakukan tunjuk perasaan. Dan keadaan menjadi semakin sukar dikawal.
Rakyat Nepal malah menangkap politikus yang korup ini dan menghumban ke sungai.
In Nepal, protesters capture politicians and throw them into the river. pic.twitter.com/XBINIhmkj9
— Global Folder (@Global_Folder) September 9, 2025
Ada juga yang dilondehkan di khalayak ramai kerana kemarahan rakyat.
🇳🇵 Nepal’s Finance Minister stripped of clothes and chased into a river by angry protesters pic.twitter.com/CUZKh0FtIS
— Visegrád 24 (@visegrad24) September 9, 2025
Kenapa Nepal Merusuh?
Gelombang kemarahan rakyat ini dilaporkan dicetuskan oleh Gen Z yang bengang dengan kerajaan.
Di mana kerajaan Nepal baru-baru ini mengharamkan lebih 20 platform media sosial seperti Facebook, X (Twitter) dan YouTube atas alasan tidak mematuhi syarat pendaftaran.
Tindakan ini dianggap sebagai cubaan mengekang kebebasan rakyat bersuara, terutama bagi golongan muda. Walaupun larangan itu akhirnya ditarik balik, kemarahan rakyat sudah pun meluap luap.
"Nepalese politicians reportedly fled by clinging on to a rescue helicopter as demonstrators stormed a government building."@PressTV pic.twitter.com/ELuX2pVGah
— Michael Hutchinson (@room_711) September 10, 2025
Protes besar besaran telah digerakkan oleh generasi muda, khususnya Gen Z, yang kecewa dengan masalah rasuah, kekurangan peluang pekerjaan, serta jurang ekonomi yang semakin besar.
Mereka marah melihat golongan elit politik dan “anak orang besar” hidup mewah, sedangkan rakyat biasa terus bergelut.
Demonstrasi bertukar ganas apabila pihak polis menggunakan gas pemedih mata, peluru getah, malah peluru hidup terhadap penunjuk perasaan. Insiden ini mengorbankan puluhan nyawa dan mencederakan ratusan orang.
Sebahagian penunjuk perasaan juga bertindak membakar serta merosakkan harta awam.
🇳🇵WATCH – Nepalese Finance Minister socked & hammered on the streets of Nepal as he tries to flee on foot.
That's the power of a common man, politicians sole job is to "serve" not to be idolized or worshipped. pic.twitter.com/T7MshpLLJc
— Viola Bergeron WILL NOT COMPLY!!!! (@StarSeed_2020) September 9, 2025
Bagi mengawal keadaan, kerajaan mengisytiharkan perintah berkurung dan mengerahkan tentera di jalanan.
Perdana Menteri KP Sharma Oli akhirnya mengundurkan diri, namun keadaan politik dan keselamatan masih tidak menentu.
The youths in Nepal celebrated the army for defending them from being attacked by the police! pic.twitter.com/Q9UGJmIsKr
— The Kenyan Vigilante (@KenyanSays) September 10, 2025