Penyanyi veteran, Datuk Khadijah Ibrahim dilaporkan terlibat dalam kemalangan jalan raya dekat Taman Kinamas, Jalan Beufort-Kota Kinabalu, Sabah petang tadi.
Menurut laporan Berita Harian, kereta pacuan empat roda jenis Toyota Hilux dinaiki Khadijah bertembung dengan sebuah Toyota Avanza ketika dalam perjalanan dari Brunei Darussalam ke Kota Kinabalu.

Baca Juga:
- Peminat Terlibat Kemalangan ‘Live’ Semasa Kejar IShowSpeed
- 2 Maut Dalam Kemalangan Motosikal Di Persiaran Raja Muda Musa
- Kualiti Rakaman CCTV Kemalangan Di Kelantan Raih Perhatian Netizen
Bagaimanapun, Khadijah dilaporkan hanya mengalami cedera ringan dan berdarah sedikit di tangan dipercayai memandu kenderaan terbabit.
Beliau juga sempat memaklumkan kepada anggota bomba dan polis yang tiba di lokasi kejadian mengenai konsertnya yang bakal diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) pada 1 November ini.
Penyanyi veteran Khadijah Ibrahim terbabit kemalangan di Beaufort https://t.co/t4kNp4fj3A #BernamaNews pic.twitter.com/zWnVhjTlaQ
— BERNAMA (@bernamadotcom) September 30, 2024
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Beaufort, Mohd Hasbullah Nenggok, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 5.29 petang tadi.
Sejurus selepas itu, katanya seramai 10 anggota dikejarkan ke lokasi bersama jentera yang diketuai PBK II Irwan Abdul selaku Komander Operasi dan tiba pada jam 5.34 petang.
“Selepas tiba, Komander Operasi melaporkan kemalangan membabitkan dua buah kenderaan, iaitu kereta Toyota Hilux bertembung dengan kereta Toyota Avanza.
“Terdapat lima orang mangsa terlibat dan berjaya keluar sendiri sebelum ketibaan Pasukan Bomba di lokasi kejadian.
“Dua mangsa di dalam kenderaan Toyota Avanza dan tiga orang mangsa dalam kenderaan Toyota Hilux dihantar ke Hospital Beaufort oleh orang awam untuk mendapatkan rawatan lanjut,” katanya.