Baru-baru ini, tular di media sosial beberapa keping gambar yang memaparkan makanan dihidangkan kepada pelajar oleh dewan makan sekolah.

Menerusi perkongsian tersebut, para pelajar dihidangkan telur busuk dan rosak serta hal ini membangkitkan rasa tidak puas hati ibu bapa kerana beberapa pelajar mengalami keracunan makanan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Difahamkan, beberapa aduan telah dibuat berhubung kualiti makanan yang dihidangkan tetapi masih tiada tindakan diambil sehingga memaksa segelintir ibu bapa untuk viralkan isu ini.

Isu ini telah mendapat perhatian Pengerusi MARA Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki apabila beliau menerima banyak mesej dan aduan melalui media sosial berhubung isu terbabit.

Oleh itu, pihak pengurusan Majlis Amanah Rakyat (MARA) diarahkan untuk memberi laporan penuh berkaitan telur rebus ‘buruk’ yang dihidangkan kepada pelajar di sebuah Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) di Negeri Sembilan.

“Walaupun saya berada di luar negara, saya sudah mengarahkan Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan MARA untuk segera siasat, ambil tindakan tegas dan pastikan kes seperti ini tidak berulang.

“Saya juga sudah minta laporan penuh daripada pengurusan MARA paling lewat esok,” katanya dalam kenyataan yang dimuat naik di Facebook.

Beliau berkata, tiada kompromi terhadap mana-mana pihak yang mengambil mudah mengenai isu penyediaan makanan pelajar.