Skuad kebangsaan Korea Selatan berpotensi kehilangan khidmat penyerang utama, Hwang Ui-jo yang digantung susulan siasatan polis kerana didakwa merakam dan menyebar video porno bekas teman wanitanya secara haram.

Beliau yang kini beraksi bersama Norwich City dituduh merakam hubungan seks dengan bekas teman wanitanya itu melalui telefonnya tanpa kebenaran namun menafikan dakwaan itu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Ramai peminat menyangka bekas teman wanita Hwang yang menyebarkan rakaman tersebut kerana kerap bongkar sikap buruk pemain tersebut.

Namun begitu, selepas diselidik, individu yang bertanggungjawab menyebarkan video porno itu ialah adik ipar Hwang Ui-jo sendiri. Beberapa wanita turut mendakwa pernah jadi mangsa penipuan pemain itu.

Persatuan Bola Sepak Korea (KFA) mengumumkan Hwang tidak boleh menyarung jersi skuad Korea Selatan buat sementara waktu sehingga hasil siasatan polis dikeluarkan.

“Sehingga keputusan muktamad dibuat, kami memutuskan untuk mengecualikan Hwang daripada pasukan kebangsaan,” kata kenyataan KFA.

Tindakan tersebut menyaksikan Korea Selatan berisiko kehilangan khidmat tonggak yang berusia 31 tahun itu dalam saingan Piala Asia 2023 di Qatar pada Januari 2024.

Hwang diturunkan bersama skuad Korea Selatan dalam dua perlawanan kelayakan Piala Dunia bulan lepas dan menjaringkan penalti ketika menentang Singapura.

Bagaimanapun beliau masih boleh bermain untuk kelab divisyen dua Inggeris, Norwich dan menjaringkan gol ketika mereka tewas 2-3 di Watford kelmarin.

Jurulatih Korea Selatan, Jurgen Klinsmann dalam satu kenyataan dikeluarkan KFA berkata:

“Saya memahami dengan sepenuhnya situasi semasa dan menghormati keputusan yang diambil Persatuan Bolasepak Korea.”

Piala Asia bermula di Qatar pada 12 Januari depan dengan Korea Selatan memulakan kempen menentang Bahrain tiga hari kemudian. Dua lagi pasukan dalam kumpulan itu Malaysia dan Jordan.