Kelab Thailand, Chonburi FC mencipta kejutan apabila mengumumkan penyerang muda Malaysia, Fergus Tierney sebagai pemain baharu bagi menghadapi musim 2024-2025.
Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada pemain kacukan Malaysia-Scotland itu menyertai kelab tersebut secara tetap atau pinjaman daripada Johor Darul Ta’zim (JDT).
Baca Juga:
- Ini Rahsia Bangsa Cina Simpan Duit Yang Semua Orang Boleh Ikut
- Mengapa Pengguna CIMB Tidak Perlu Panik Dengan Servis DuitNow
- 55 Peratus Rakyat Malaysia Didapati Tak Mampu Simpan Duit, Bergantung Pada Gaji Bulanan Sepenuhnya
Fergus merupakan memulakan kerjaya bola sepaknya dengan akademi dari Penang, Soccer Experience FC ketika berusia 4 tahun. Beliau kemudian menyertai skuad JDT III pada usia 19 tahun sebelum ke JDT II beraksi dalam saingan Piala MFL.
Musim lepas, Fergus membantu JDT II muncul naib juara Piala MFL dan turut dipanggil menyertai skuad Malaysia Bawah 23 Tahun (B-23) bagi menghadapi saingan Piala Asia B-23.
Kemasukannya ke Chonburi bermakna beliau merupakan pemain kedua dari Malaysia beraksi di Liga Thailand musim ini selepas kapten Harimau Malaya, Dion Cools yang masih kekal bersama Buriram United.
Beliau akan memakai jersi nombor 9 dan beraksi di posisi serangan.
Sebelum ini, seorang lagi pemain kacukan Malaysia, Junior Eldstal pernah menyarung jersi Chonburi FC pada musim 2021.
🚨 BREAKING
🇲🇾 Fergus Tierney ➡️ Chonburi FC 🦈 pic.twitter.com/4rglPdLsAW
— Ta L. (@talao_) July 26, 2024
Fergus menjadi pemain import keempat yang memperkuatkan Chonburi selepas Marcus Haber (Kanada), Charlie Clough (UK) dan Jeon San-hae (Korea Selatan).
Chonburi beraksi dalam saingan Thai League 2 musim ini selepas tersingkir daripada Thai League 1. Pasukan itu menghuni kedudukan tercorot bersama Police Tero FC dan Trat FC.
Dibawah kendalian Pipob On-Mo, mereka tekad buru kedudukan teratas Thai League 2 untuk kembali semula ke divisyen utama pada tahun depan.