Penyokong Garuda menjaga keselamatan sebilangan penyokong Malaysia yang hadir ke stadium ketika perlawanan antara kedua pasukan.
Indonesia seri ketika bertemu Malaysia dalam aksi terakhir peringkat kumpulan A AFF B-23 Tahun.
Baca Juga:
- Piala ASEAN B-23 2025: Seri Bertemu Indonesia, Malaysia Pulang Awal

- Hajat Tan Sri Tony Fernandes Untuk Bola Sepak Malaysia

- ‘Pundit’ Indonesia Dakwa Malaysia Digantung FIFA Sampai 2027

Keputusan ini menghantar pulang skuad Harimau Malaya manakala Indonesia mara ke peringkat separuh akhir.
Penyokong Garuda Jaga Penyokong Malaysia
Menurut laporan CNN Indonesia, penyokong tuan rumah menunjukkan rasa hormat, tanpa jeritan yang tidak sopan semasa lagu kebangsaan Malaysia dimainkan.

Pada penghujung perlawanan, penyokong Malaysia dapat pulang dengan selamat.
Pengerusi PSSI, Erick Thohir memuji kematangan penyokong Garuda menerima kehadiran penyokong Malaysia di Stadium GBK.

“Saya rasa perlawanan agak panas di atas padang.
“Cuma penyokong kami semakin menghormati antara satu sama lain, seperti yang dapat kita lihat bersama pasukan kebangsaan senior.”
“Penyokong Cina datang, dari Jepun, dan Arab Saudi, kami menerima mereka dengan baik.
“Kami juga mengalu-alukan penyokong Malaysia,” kata Erick.