Tiket final Piala Malaysia 2023 yang dibuka jualan kepada peminat setia Terengganu FC (TFC) sejak 1 Disember lepas telah habis dijual.
Harga tiket perlawanan akhir Piala Malaysia pada musim ini dikekalkan seperti perlawanan akhir Piala Malaysia pada musim lalu yang menyaksikan empat kategori tiket diagihkan secara sama rata kepada dua finalis iaitu Johor Darul Ta’zim (JDT) dan TFC.

Baca Juga:
- Keadaan Terkini Padang SNBJ Menjelang Final Piala Malaysia 2023
- VAR Tidak Dapat Digunakan Di Final Piala Malaysia 2023
- Tiket Final Piala Malaysia 2023 Harga RM50 Hingga RM200
Empat kategori tiket tersebut ialah General Admission berharga RM50 dan RM70, Premium Grandstand RM150 serta VIP Grandstand RM200.
Sebanyak 35,300 keping tiket final Piala Malaysia yang diperuntukkan kepada TFC telah habis dijual.
🏴🏳️KESEMUA TIKET PERLAWANAN PERLAWANAN AKHIR PIALA MALAYSIA 2023 PENYOKONG TERENGGANU FC TELAH HABIS TERJUAL🏴🏳️
Dimaklumkan oleh pihak Tickethotline kesemua tiket online bagi GA50, GA70, PG150 dan VIPG200 untuk penyokong Terengganu FC telah HABIS TERJUAL. Terima kasih buat… pic.twitter.com/dulNrOWMNv
— Terengganu Football Club (@FCTerengganu) December 2, 2023
Mereka mula jual secara berperingkat kepada pemegang keahlian dan pas bermusim TFC 2023 kemudian kepada orang ramai. Semua jualan dibuat secara dalam talian menerusi laman web tickethotline.
“Jualan kepada orang ramai habis kurang 48 jam selepas dibuka bagaikan pisang goreng panas, saya bagi pihak TFC Sdn Bhd memohon maaf kepada peminat yang tidak sempat mendapatkan tiket berkenaan.
“Harapan kami kepada semua peminat yang berjaya membeli tiket dan bakal hadir ke stadium agar dapat merancang jadual perjalanan serta sentiasa menjaga keselamatan terutama pada musim tengkujuh.
“Doakan semua pemain dan pegawai berada dalam keadaan kesihatan yang baik dalam misi mencipta kejayaan membawa pulang trofi berprestij itu,” kata Ketua Pegawai Operasi Terengganu Football Club (TFC) Sdn Bhd, Mohd Syahrizan Mohd Zain.