Penyokong TRW Kelantan mendesak agar Norizam Tukiman atau Zamsaham agar segera menjual kelab itu selepas ada gerakan dari sesetengah pihak yang mahu menyelamatkan pasukan tersebut.
Menurut sumber yang memberitahu Vocket, segelintir penyokong mengambil pendekatan menggantung kain rentang di sekitar Kota Bharu dengan tulisan yang mengkritik dan menggesa agar Zamsaham segera menjual kelab.
Baca Juga:
- Ini Syarat Zamsaham Untuk Lepaskan TRW Kelantan
- Zamsaham Rugi Besar, TRW Kelantan Tiada Nilai
- Zamsaham: RM1000 Bukti Saya Tak Lari Dari Bayar Tunggakan


Sebelum ini, Gerakan Selamatkan Kelantan (GSK) dalam satu kenyataan media tidak bersetuju dengan syarat ditetapkan oleh Zamsaham, tetapi sedia mengambil-alih hutang bernilai RM5 juta yang dihadapi kelab itu.
Zamsaham sebelum ini meletakkan tanda harga RM3 juta untuk melepaskan kelab itu atau sedia melepaskannya dengan RM1 sekiranya mereka memenuhi syarat menduduki kelompok lima terbaik liga dalam masa lima tahun.
Sehubungan itu, tawaran tersebut dianggap tidak realistik kerana tidak selari dengan pencapaian terkini selain masalah bebaban hutang berjumlah RM5 Juta.
Pengerusi GSK, Nik Hafiz Nik Hassan dalam satu kenyataan media mendedahkan TRW telah menerima dana sebanyak RM16 Juta daripada barisan pelabur dari 2020 hingga 2023.
GSK terdiri daripada sebahagian besar pelabur The Red Warriors yang sudah tidak mempercayai Zamsaham seterusnya menolak tawarannya menjual pasukan itu dengan harga RM3 Juta kerana mempunyai beban hutang yang tinggi.
TRW tidak mempunyai apa-apa nilai sekarang ini disebabkan kelab tidak bermain dalam mana-mana liga dan tidak mempunyai apa-apa aset.
“GSK kekal dengan pendirian asal GSK untuk mengambil alih TRW Kelantan dengan RM1 bersama tanggungan hutang kurang dari RM5 Juta.
“Para pelabur TRW Kelantan secara keseluruhannya telah melabur lebih kurang sebanyak 16 juta kepada TRW dari tahun 2020 sehingga 2023,” ujar kenyataan yang dikeluarkan GSK.