Baru-baru ini, drama Lelaki Itu makin menjadi perhatian netizen kerana mengetengahkan jalan cerita yang tidak cliche terutama sekali berkaitan sumbang mahram.
Bagi anda yang mengikuti rapat drama ini, watak Imani yang telah berkahwin dengan suami Qaidah telah menuntut haknya dalam harta arwah suami mereka dalam episod semalam.
Baca Juga:
- Plot Tidak Cliche, Drama ‘Lelaki Itu’ Bermain Dengan Emosi Penonton
- Ummi Nazeera Harap Netizen Tak Boikot Drama Terbarunya Dengan Aliff Aziz
Penyondol tetap isteri yang sah. Tak pernah ada dalam hukum menyatakan penyondol/perampas tak ada hak untuk menuntut haknya. #LelakiItu #DramaSangat pic.twitter.com/a1IMhVY23B
— tv3malaysia (@tv3malaysia) April 22, 2024
“Penyondol tetap isteri yang sah. Tak pernah ada hukum menyatakan penyondol tiada hak untuk menuntut hak.” ujar Imani dalam drama.
Dialog yang dilontarkan oleh Imani ini telah menaikkan kemarahan netizen. Kini, para netizen yang awalnya berasa kasihan kepada Imani sudah mula berasa marah kerana dia tamak.
hak alah imani. kau bercakap macam qaidah tu bermusuh dengan kau. ingat la bodo qaidah tu tolong kau dari kau kena abuse dengan bekas laki kau lagi. kau betray dia. kau takde hak nak cakap dia layak ke tak arghh i hate you imani. #LelakiItu
— ฟาติน ฟาฮ่า (@fatinfrhh) April 22, 2024
Tuan Mirza dengan Imani yang usahakan??? Imani tu staff yang berkerja dibayar gaji memang itu tugas dia sebagai PEKERJA. Modal company pun hasil harta Qaidah and BAPA QAIDAH! of course Qaidah kesah kalau tiber harta bapa dia kena bagi dekat stranger entah mana² datang #LelakiItu https://t.co/UYBM8l5DIp
— hosta🦉🍉 (@365loey) April 22, 2024
Kalau bab harta je sembang pasal "hak" masing². Masa sebelum kawen tu tak kesah pulak ya ambik "hak" orang?! #LelakiItu
— una 🍉 (@unatheuno) April 22, 2024
Tak kisah la Imani nampak perempuan yg baik ke perempuan yg lemah lembut ke perempuan yg ada agama ke. Penyondol tetap penyondol. Paling menyampah sondol suami kepada majikan yg dah dianggap seperti adik beradik.#LelakiItu
— wallawaniey (@wallawaniey) April 22, 2024
Bukan itu sahaja, para netizen turut mengatakan Imani tidak kenang budi Qaidah yang dahulunya membantunya daripada bekas suaminya yang abusive serta menyanyangi seperti adik sendiri.
Drama ini sudah sampai ke klimaksnya dan berbaki lagi 4 episod. Apakah kesudahan kepada isu perebutan harta? Adakah Sya akan akhirnya menerima dirinya bersama Khai adalah adik beradik? Sama-sama kita saksikan pengakhirannya tidak lama lagi.