Pemain pertahanan skuad kebangsaan Portugal, Pepe mengambil keputusan untuk bersara selepas meniti karier lebih dari 23 tahun dalam bola sepak profesional.
Pemain berusia 41 tahun itu membuat pengumuman mengenai keputusan beliau pada Khamis lalu dimana aksi terakhir bersama Portugal ialah ketika temasya UEFA Euro di Jerman baru-baru ini.

Baca Juga:
- Ronaldo Tersenarai Antara Pemain Paling Mengecewakan Euro 2024
- Roy Keane Cadang Ronaldo Berehat Dan Lupakan Piala Dunia 2026
- Euro 2024: Tewas Kepada Perancis, Ronaldo Ucap Selamat Tinggal
Portugal tewas kepada Perancis di peringkat suku akhir menerusi penentuan sepakan penalti sekaligus gagal untuk mengulangi kejayaan ketika edisi 2016 yang mana mereka muncul sebagai juara.
“Saya ingin berterima kasih kepada Tuhan kerana memberi saya kebijaksanaan untuk dapat meneruskan karier saya,” kata Pepe yang penuh emosi dalam video di media sosial yang mengimbas kembali kerjayanya.
“Saya hanya boleh mengucapkan terima kasih kepada semua terutama presiden yang bertaruh dan percaya kepada saya untuk dapat melaksanakan kerja saya. Kepada semua pekerja kelab yang saya pernah wakili, yang merupakan jiwa dan intipati kelab dan pasukan kebangsaan.
“Dan saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua orang di latar belakang. Saya ingin meninggalkan ucapan terima kasih dan pelukan terima kasih untuk anda semua. Dan terima kasih banyak-banyak.”
Pepe membuat 141 penampilan untuk negaranya, memenangi Euro pada 2016, dan menghabiskan 10 musim di Real Madrid di mana dia memenangi tiga gelaran LaLiga dan tiga trofi Liga Juara-Juara, serta dua Piala Dunia Kelab FIFA.
Pepe menyertai kelab Sepanyol itu pada 2007 dari Porto, dan kembali ke kelab Portugal itu pada 2019 di mana dia kekal sehingga akhir kariernya, memenangi empat gelaran Liga Primeira sepanjang dua tempohnya di kelab itu.