Media Portugal mahu ketua pasukan skuad kebangsaan negara itu, Cristiano Ronaldo direhatkan bagi perlawanan peringkat suku akhir menentang Perancis dalam temasya UEFA Euro 2024.
Desakan ini dibuat selepas Cristiano dianggap menampilkan persembahan yang buruk ketika Portugal menewaskan Slovenia dalam aksi 16 pasukan terakhir, malah memberikan pemain itu rating 4/10.
Baca Juga:
- Cristiano Ronaldo: Ini Euro Terakhir Saya
- Cristiano Ronaldo Dedah Sebab Menangis Selepas Gagal Sempurnakan Penalti
- Cristiano Ronaldo Dihentam Kerana Menangis Selepas Menang Sepakan Penalti
Dalam aksi tersebut, penyerang Al-Nassr itu gagal menyempurnakan sepakan penalti yang membolehkan negaranya memenangi perlawanan tanpa perlu menempuhi penentuan sepakan penalti.
The players that grew up watching Cristiano Ronaldo were the ones that supported him when he needed it the most.
What a video. ❤️
— TC (@totalcristiano) July 2, 2024
“Satu lagi prestasi buruk daripada kapten. Sama seperti dalam perlawanan terakhir – walaupun kurang begitu – dia menghabiskan banyak masa di atas padang.
“Kemudian dia membuat keputusan yang buruk dalam kawasan penalti, hantaran yang lemah di hadapan gol. Dia merosakkan permainan – dan tidak tepat dalam penyudah.
“Ronaldo tidak menampilkan prestasi yang baik seperti yang dilakukannya pada masa lain dalam kariernya – dan ia boleh dipertikaikan sama ada beliau memberi kebaikan atau kecacatan untuk pasukan ini,” dipetik dari media Publico.
Sebelum ini, bekas pemain Liverpool, Didi Hamann mengecam pemain itu ekoran menangis selepas perlawanan tamat.
Quarter-finalists confirmed ✅
🤔 Who are you backing to go all the way?#EURO2024 pic.twitter.com/SHwKaqpd01
— UEFA EURO 2024 (@EURO2024) July 2, 2024
Hamann nyata tidak gembira dengan reaksi ini dimana beliau menyifatkan pemain berusia 39 tahun itu sebagai pentingkan diri sendiri dan hanya menjadi beban bagi pasukan.
“Berusia 39 tahun dan beraksi selama 120 minit, bekerja keras di atas padang kerana satu pasukan mengharapkan beliau, saya harus memberikan pujian. Tetapi perangai sebenar dia dapat kita saksikan hari ini.
“Gagal menjaringkan penalti, menangis selepas memenangi perlawanan, saya mula berfikir dia mementingkan diri sendiri. Ini bukan tentang anda semata-mata. Ada pemain lain serta pegawai dalam pasukan selain puluhan ribu penyokong yang hadir atau menyaksikan perlawanan.
“Saya tidak pernah melihat perkara seperti ini. Apabila anda larut dalam emosi, itu merupakan tanda anda perlu keluar. Dia hanya memikirkan tentang diri sendiri.
“Sekiranya Ronaldo bermain pada aksi suku akhir, maka saya hanya melihat Perancis akan memenangi perlawanan itu,” katanya.
Portugal akan turun menentang Perancis dalam peringkat suku akhir dan akan bertemu sama ada Sepanyol atau Jerman di separuh akhir sekiranya muncul sebagai pemenang.