Exco Sumber Manusia, Kesihatan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Integrasi Nasional Perak, A Sivanesan mendedahkan negeri itu berjaya mengutip lebih RM2 juta hasil notis dan kompaun atas kesalahan merokok di tempat awam dalam tempoh Januari hingga September tahun ini.

Sivanesan berkata jumlah itu meningkat hampir sekali ganda berbanding tahun lepas yang mencatatkan RM1.305 juta, petik satu laporan.

Baca Juga:

Menurutnya, jumlah operasi penguatkuasaan larangan merokok di tempat awam sekitar Perak sepanjang 2022 adalah sebanyak 2,603 aktiviti, manakala bagi Januari hingga September tahun ini mencatatkan 2,274 aktiviti.

“Pengeluaran notis Seksyen 32B Akta Makanan 1983 setakat September tahun ini adalah sebanyak 8,465 notis berbanding 5,222 notis dikeluarkan sepanjang tahun lepas,” katanya pada sesi soal jawab di persidangan DUN Perak di Ipoh.

Sivanesan menyatakan juga selain aktiviti penguatkuasaan oleh JKN, hebahan dan peringatan berkaitan kawasan larangan merokok turut dijalankan dari semasa ke semasa menerusi kempen awam.