Kelab Bola Sepak Perak (Perak FC) telah melancarkan jersi “Home” bagi menghadapi saingan liga musim 2024-2025 dalam satu majlis pelancaran yang diadakan di Dataran Majlis Bandaraya Ipoh (MBI), sebentar tadi.
Sinonim dengan pasukan tersebut, warna kuning menjadi pilihan utama buat jersi berjenama Cheetah ini yang akan dipakai oleh kesemua pasukan dibawah Perak FC pada musim baharu nanti.
Baca Juga:
- Perak FC Giat Cungkil Bakat Baharu, Anjurkan Piala Cheetah 2023
- Terengganu Pantas ‘Ikat’ Tiga Pemain Muda Hingga 2026
- Ini Jumlah Wang Bakal Diterima Semua Negara Yang Beraksi Di Piala Asia 2023
Lebih menarik, jersi ini turut dilengkapi oleh ‘QR Code’ yang membantu pembeli mendaftarkan nama mereka sebagai pemilik rasmi.
Bagi yang ingin mendapatkan jersi ini, ia dijual pada harga RM159.00 untuk “player issue” manakala RM39.00 bagi “fans issue”.
Dalam perkembangan sama mengenai langkah bagi menarik kehadiran peminat ke stadium, Perak FC juga mengeluarkan tiga jenis pas bermusim pada musim ini.
Ia terdiri daripada pakej SILVER (RM189.00) , GOLD (RM300.00) dan BLACK (RM1250.00) dimana para penyokong yang membeli pas tersebut akan dapat menyaksikan kesemua perlawanan “Home” yang membabitkan pasukan Perak FC.
Majlis pelancaran yang dihadiri ribuan peminat setia ini turut diserikan dengan kehadiran dua legenda bola sepak Perak iaitu Dato M.Karathu dan Chan Kok Heng.
Seperti dilaporkan sebelum ini, Perak turut memperkenalkan pemain import baharu iaitu Adilet Kanybekov dari Kyrgyzstan.
Perak musim ini turut mengekalkan Ketua Jurulatih, Yusri Che Lah serta pemain musim lalu Wan Zack Haikal dan Firdaus Saiyadi.