Perarakan Manchester United di sekitar Bukit Bintang disambut meriah oleh peminat mereka.
Peminat tidak melepaskan peluang untuk menyambut kedatangan gergasi Liga Perdana Inggeris itu sempena lawatan mereka ke Malaysia.
Perarakan Manchester United di hadapan lautan manusia di Bukit Bintang
Pemain pemain Manchester United berada di atas bas dua tingkat terbuka, juga melihat sendiri sambutan hangat para peminat mereka ke atas mereka.
Ribuan peminat Red Devils bersorak untuk pasukan kesayangan mereka.
@volcanolifechannel Manchester United coming Malaysia at Pavilion Kuala Lumpur 2pm #manchesterunited #reddevils #malaysia #viral #viraltiktok #football
Manchester United kini berada di Malaysia untuk jelajah pasca musim 2024/25.
Di mana mereka dalam rangka persiapan untuk aksi persahabatan bertemu ASEAN All Stars di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 28 Mei ini.
Sepak mula perlawanan adalah 8.45 malam.
@syahirzad met the 15th place superstars 🤩🤩 bonus dapat raba chest zirkzee #manchesterunited #aseanallstarvsmanchesterunited #ggmu
Pengurus Ruben Amorim telah membawa skuad 32 pemain ke Asia, termasuk pemain utama seperti Andre Onana, Harry Maguire, Casemiro, Bruno Fernandes, Alejandro Garnacho, dan Rasmus Højlund.
Mereka semua adalah pemain penting Ruben Amorim musim ini.

Beberapa pemain muda seperti Ayden Heaven dan Reece Munro turut disertakan dalam lawatan ini. Namun, Christian Eriksen dan Victor Lindelöf tidak tersenarai kerana kontrak mereka akan tamat, manakala Lisandro Martínez tidak dapat beraksi akibat kecederaan jangka panjang.
Dijangka seramai 60,000 penyokong akan hadir ke SNBJ esok untuk menyaksikan Manchester United beraksi dalam perlawanan tersebut.
Manchester United menamatkan musim ini sebagai pasukan naib juara Europa League selepas tewas di tangan Tottenham Hotspur. Dalam saingan Liga Perdana Inggeris, Manchester United menamatkan musim ini di tangga ke-15.
Ruben Amorim selepas ini akan fokus kepada usaha membeli beberapa pemain untuk menguatkan lagi pasukannya. Antara nama yang dikatakan semakin hampir menyertai Manchester United ialah Matheus Cunha dari Wolves.