Boleh dikatakan ramai orang selesa berkongsi pelbagai perkara di dalam hidupnya secara terbuka di media sosial. Perlu diingatkan tidak semua orang menyukai kejayaan atau rezeki yang dikecapi oleh kita kerana boleh timbul hasad dengki buat segelintir individu tertentu.

Baru-baru ini, seorang perawat mendedahkan kisah tentang seorang ‘hamba Allah’ yang berjaya sembuh sepenuhnya selepas berdepan kiriman santau dari seseorang.

Sumber Gambar: Vecteezy

Bagaimanapun, si mangsa terlalu ghairah memuat naik kisah dirinya yang sudah sembuh di media sosial dengan alasan mahu berkongsi pengalaman dengan rakan lain dan dipercayai tindakan tersebut membawa padah.

Difahamkan perkongsian sebegini yang dibuat secara terbuka telah membuka ruang kepada penyihir untuk mengetahui perkembangan semasa mangsa dengan mudah.

Timbul pula sejumlah komentar netizen yang memaki hamun si pelaku sekaligus membuatkan individu berkenaan bertambah marah dan tidak berpuas hati lebih-lebih lagi apabila menyedari mangsa sudah kembali sembuh seperti sedia kala.

Akibat perkongsian tersebut, mangsa baru sahaja sembuh berdepan sihir yang lebih teruk sehinggakan terlantar sahaja di rumah, badan berbau busuk pada keseluruhan tumbah dan kulit ditumbuhi kudis teruk.

Perawat yang sama datang untuk menyembuhkan pesakitnya semula tetapi masih gagal kerana ilmu sihir yang terlalu kuat dan berjaya menemui objek asing yang ditanam di kawasan rumah.

Sumber Gambar: FB

Kali ini  bukan sihir semberangan kerana sejumlah perawat yang cuba sedaya upaya untuk membantu pesakit tetapi semua hanya menemui jalan buntu.

Difahamkan keadaan semakin bertambah teruk apabila mangsa sudah serupa mayat hidup kerana hanya boleh menggerakkan mata sahaja. Tidak sekadar itu, hamba Allah ini juga bakal mengalami kerasukan seperti meracau -racau, ketawa terbahak dan menjerit ‘padan muka kau…padan muka kau…kau ingat kau hebat kau kuat’ sambil ketawa.

Nak dipendekkan cerita, mangsa telah terlantar dekat dua bulan dan akhirnya pergi menghadap Allah S.W.T. Sihir kali ini dikatakan jauh lebih hebat yang mana tiada perawat yang berjaya mematahkannya sewaktu mangsa masih hidup.

Susulan kisah itu, perawat bernama Qiqi menitipkan pesanan kepada semua orang agar tidak memuat naik kisah hidup tidak kiralah sedang dalam rawatan atau pun sudah sihat kerana ada yang sedang memerhati dan berharap kejatuhan kita.