Perbicaraan kes khalwat Aliff Aziz dan Ruhainies ditangguhkan ke tahun hadapan, menurut laporan Harian Metro.
Di mana mahkamah menetapkan 20 dan 27 Februari sebagai tarikh perbicaraan.
Oleh itu kedua dua tertuduh, Aliff Aziz dan Ruhainies akan dilanjutkan tempoh ikat jamin sehingga tarikh tersebut.
Prosiding mahkamah yang terbaru turut membenarkan Aliff Aziz menggunakan penjamin yang baharu.
Ruhainies dan Aliff Aziz tiba di mahkamah pagi ini dengan ditemani 3 pengawal keselamatan. Kedua dua tertuduh enggan memberikan komen kepada wartawan.
Menurut portal Oh Bulan, Ruhainies cuma minta semua orang mendoakan yang baik baik untuk dia dalam usaha menafikan pertuduhan ke atasnya dan Aliff Aziz.
@ohbulanofficial Aliff Aziz dan Ruhainies tiba di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur pada pukul 9:30pagi bagi perbicaraan prosiding kes khalwat #ohbulan #fyp #news #ruhainies #aliffaziz #kes #khalwat
Penjamin Aliff Aziz sebelum ini telah menarik diri. Dan penyanyi serta pelakon asal Singapura itu meminta penjamin baharu.
Sebelum ini Aliff Aziz dan Ruhainies ditangkap berdua duaan di sebuah kondominium di Kuala Lumpur.
Kejadian itu menggemparkan rakyat Malaysia. Ini kerana reputasi Aliff Aziz itu sendiri yang beberapa kali dikaitkan dengan wanita lain.
Ketika itu muncul juga seorang wanita yang lain mendakwa dia adalah skandal kepada pelakon tersebut dan mendedahkan beberapa siri perbualan WhatsApp yang didakwa antara Aliff Aziz dan Ruhainies.
Kejadian itu membuatkan rumah tangga Aliff Aziz retak. Dengan isterinya ketika itu, Bella Astillah memohon cerai.
Aliff Azizi dan Ruhainies kemudian didakwa di mahkamah di bawah Seksyen 27(a) Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah – Wilayah Persekutuan) 1997 dan juga Seksyen 27(b) akta sama.
Peruntukan tersebut membawa kepada denda maksimum RM3,000 atau penjara tak lebih 2 tahun atau kedua duanya sekali jika sabit kesalahan.
Kedua dua tertuduh sebelum ini mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan.