Aksi bintang muda Barcelona, Lamine Yamal, yang mengibarkan bendera Pal*stin ketika sambutan kejayaan kelab itu baru-baru ini terus menjadi topik hangat di Sepanyol dan dunia bola sepak.
Beberapa pihak dilaporkan telah menghantar surat aduan rasmi kepada Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sánchez, dengan tuntutan supaya tindakan disiplin diambil terhadap pemain berusia 17 tahun itu.
Aduan tersebut mendakwa aksi tersebut telah “mencampur aduk politik dengan sukan”.
Namun, reaksi Sánchez ternyata berbeza daripada jangkaan apabila beliau menolak keras idea untuk menghukum pemain tersebut.
Sanchez menganggap aduan tersebut sebagai kelakar. Beliau berkata: “Kami menerima surat hari ini yang menuntut supaya Lamine Yamal digantung kerana dia mengibarkan bendera Palestin semasa sambutan FC Barcelona.
“Saya rasa perkara ini sangat melucukan — meminta saya menggantung seorang pemain hanya kerana mengangkat bendera tersebut,” katanya.
Kenyataan itu segera mencetuskan perdebatan hangat, dengan penyokong melihat tindakan Yamal sebagai simbol solidariti kemanusiaan, manakala pengkritik pula berpendapat bola sepak sepatutnya kekal bebas daripada elemen politik.
Dalam masa sama, Sánchez turut menegaskan pendirian tegas Sepanyol dalam isu kemanusiaan antarabangsa, termasuk kritikan terhadap tindakan ketenteraan di Gaza yang sebelum ini turut disuarakan oleh kerajaannya di peringkat diplomatik.
Sanchez kemudian menyindir Isr*el yang sepatutnya digantung. Beliau menambah: “Saya percaya kamu patut hubungi FIFA agar menghalang negara tersebut daripada bermain bola sepak, disebabkan apa yang telah mereka lakukan selama lebih tiga tahun: pembun*han sistematik dan gen*sid yang dilakukan dengan cara paling mengerikan.
🇪🇸🇵🇸⚽️ FLASH INFO
Lamine Yamal a brandi un drapeau palestinien en solidarité avec la Palestine pendant le défilé de célébration du titre de champion de La Liga avec le FC Barcelone. pic.twitter.com/U0UOio83NS
— Focus (@FocusinfosFr) May 11, 2026
“Lamine Yamal akan dihormati, dan bendera ini akan menjadi ikon sambutan di jalan-jalan Sepanyol mulai hari ini dan seterusnya.
“Mereka yang menganggap mengibarkan bendera sebuah negara sebagai “menghasut kebencian” sama ada telah hilang pertimbangan atau dibutakan oleh rasa malu mereka sendiri.
“Lamine hanya meluahkan solidariti terhadap Palestin yang turut dirasai oleh jutaan rakyat Sepanyol. Ini satu lagi sebab untuk berbangga dengannya.”
Spanish Prime Minister Pedro Sánchez:
"Those who consider waving the flag of a State to be "inciting hatred" have either lost their judgment or been blinded by their own shame.
Lamine has only expressed the solidarity with Palestine felt by millions of Spaniards. Another… pic.twitter.com/GxxEeSfUJ9
— total Barça (@totalBarca) May 14, 2026
Kerajaan Sanchez sebelum ini dengan lantang mengiktiraf ‘Negara Palestin’ ketika Tel Aviv berterusan membedil negara tersebut.
Sepanyol juga menjadi negara yang berani mengeluarkan larangan kepada Amerika dan Isra*l daripada menggunakkan pelabuhannya untuk melancarkan serangan udara ke atas Iran.
Sehinggakan Trump menuduh Sepanyol sebagai negara yang menyokong operasi yang dianggap demi keamanan dunia. Sepanyol tegas menyatakan mereka menolak sebarang tindakan menggunakan ketenteraan.
Trump kemudian mengugut mahu menamatkan perdagangan dengan Sepanyol dan mahu menaikkan tarif ke atas negara tersebut.