Sebuah berita yang mengejutkan khususnya buat warga UK apabila Perdana Menteri UK, Liz Truss yang baru sahaja menjawat jawatan tersebut sekitar 44 hari lalu mengumumkan perletakan jawatan.

Dilaporkan sebab utama beliau meletak jawatan disebabkan program ekonominya mencetuskan kejutan pasaran selain menyebabkan Parti Konservatif berpecah.

Baca Juga:

Liz Truss turut mengakui kegagalan untuk meneruskan mandat seperti yang dijanjikan dalam menaikkan semula ekonomi UK antara yang membuatkan beliau memilih untuk meletak jawatan.

Beliau juga dilaporkan telah berjumpa dengan Sir Graham Brady selaku pengerusi 1922 Committee untuk memaklumkan tentang perletakan jawatan beliau manakala pemilihan Perdana Menteri baharu bakal dilangsungkan pada minggu hadapan.

Meskipun sekadar menjawat jawatan tertinggi itu dalam tempoh 44 hari sahaja, beliau bakal menerima elaun sepanjang hayat berjumlah £115,000 (~RM610,300) setahun.

Walau bagaimanapun, beliau memaklumkan akan terus komited untuk menjadi Perdana Menteri sementara menantikan individu baharu dilantik sebagai Perdana Menteri baharu. Perletakan jawatan Liz Truss sekaligus menjadikan beliau sebagai Perdana Menteri UK paling singkat dalam sejarah negara tersebut.

Sumber