Seorang wanita memuat naik satu rakaman video di mana dia dihalau turun oleh seorang pemandu bas CIQ.

Menerusi video dimuat naik pada akaun TikTok @bouquetsurprisedelivery, berlaku pertengkaran antara penumpang dan pemandu bas terbabit.

Baca Juga:

Tidak pasti apa punca perang mulut itu terjadi, pemandu memarahi dan mencabar wanita terbabit membuat laporan polis.

@bouquetsurprisedelivery

#fyp #johorbahru #ciq #busmustafa #jbciq

♬ original sound – ♡January🌙ஜனவரி நிலவு🌝nilave♡ – ♡January🌙ஜனவரி நிலவு🌝nilave♡

“Kau buat aku marah. Kau record. Kalau boleh report polis, report polis. Pergi report polis, kita panjangkan cerita,” kata pemandu itu.

Penumpang wanita itu meminta pemandu ‘jangan bising’.

Berang apabila wanita terbabit ‘menjawab’ apabila enggan turun daripada bas selepas diminta, pemandu itu dilihat memberhentikan bas dan bangun dari tempat duduknya. Lalu cuba menarik wanita berkenaan.

“Eh boleh pegang ke?” tegur wanita itu selepas pemandu menyentuhnya.

Video berkenaan mengundang pelbagai tanda tanya netizen. Ramai mengutuk tindakan pemandu bas terbabit.

Sumber Gambar: TikTok @bouquetsurprisedelivery
Sumber Gambar: TikTok @bouquetsurprisedelivery

Bagaimanapun ada sebahagian netizen mahu mengetahui apa sebenarnya yang terjadi sehingga pemandu begitu marah sangat.

Menurut salah seorang pengguna TikTok, wanita itu pernah menaiki bas berkenaan sebelum ini.

Namun pada waktu itu dia tidak mempunyai duit kecil dan mahu menukarnya di kastam. Tidak sempat menukar wang, bas berkenaan sudah meninggalkannya.

“Laluan itu ada bas percuma, bagaimanapun wanita tersebut terlepas, lalu menaiki bas yang perlu bayar tambang.

“Kemudian beberapa minggu selepas itu, penumpang wanita tersebut menaiki bas yang sama. Kali ini dia sudah membayar tambang. Pergaduhan itu disebabkan tambang sebelum ini,” ujar seorang pengguna TikTok.

Pada akhir video, wanita itu diturunkan daripada bas dan dia meminta pemandu berkenaan dikenakan tindakan.