Di Malaysia, kita akan menjumpai patung atau lebih dikenali sebagai orang-orang di kawasan sawah padi. Tujuannya adalah untuk menakut-nakutkan burung yang sering memakan atau merosakkan hasil padi penduduk tempatan.

Namun di Kemboja, lain pula tujuannya. Lebih dikenali sebagai Ting Mong, orang-orang versi Kemboja ini ditempatkan di hadapan rumah bagi melindungi keluarga dari penyakit atau karma buruk.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Ia sering dibina oleh masyarakat kawasan luar bandar di mana kepercayaan dan ikatan kepada tradisi telah menjadi akar kepada kepercayaan di sana. Lebih mengujakan, ia seolah-olah satu pertandingan apabila kebanyakan rumah penampilkan orang-orang yang berbeza.

1600922957371-greg-mo-cambodia-ting-mong-001
PHOTO: GREG MO
1600923055685-greg-mo-cambodia-ting-mong-002
PHOTO: GREG MO
1600923179143-greg-mo-cambodia-ting-mong-003
PHOTO: GREG MO
1600923223647-greg-mo-cambodia-ting-mong-004
PHOTO: GREG MO
1600923266158-greg-mo-cambodia-ting-mong-005
PHOTO: GREG MO
1600923305661-greg-mo-cambodia-ting-mong-006
PHOTO: GREG MO
1600923337223-greg-mo-cambodia-ting-mong-007
PHOTO: GREG MO

Selain digunakan untuk menipu roh-roh jahat, Ting Mong juga menjadi cerminan budaya yang ada di sana. Ia menunjukkan satu sisi kreativiti dan juga humor bagi masyarakat Kemboja.

Kini, Ting Mong dikatakan bukan sahaja digunakan untuk tujuan kepercayaan bagi menghalau roh jahat. Ia juga digunakan bagi menghalau COVID-19 yang melanda negara terbabit.

Sebahagian daripada mereka dipakaikan pelitup muka dengan kacamata hitam, pakaian berjenama Louis Vuitton – sudah tentu copy ori – atau sepatu berjenama Nike. Manakala yang lain pula mengancam COVID-19 dengan senjata yang diletakkan bersama-sama dengan Ting Mong.

Untuk bacaan lanjut, klik pautan di bawah.

Lelaki Di Indonesia Positif COVID-19 Selepas Disuntik Dengan Vaksin ‘Made In China’

Anak Malaysia Juga Hebat, Saintis Kita Berjaya Cipta Kit Ujian Pantas COVID-19 Pertama Di Dunia

Pakar Virologi Dari China Dedahkan COVID-19 Berasal Dari Makmal Di Wuhan