Pemilik kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Duli Yang Amat Mulia, Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim, Pemangku Sultan Johor menegaskan perkembangan pemain muda dalam negara adalah tanggungjawab kelab Liga Malaysia.
Tunku Mahkota Ismail berkata demikian menerusi laman media sosial X miliknya ketika berkongsi maklumat mengenai pemain warisan yang akan beraksi bersama skuad kebangsaan.

Baca Juga:
- Ini Posisi Pemain Warisan Yang Dikenal Pasti Kem Harimau Malaya
- Tunku Ismail Dedah 7 Pemain Warisan Sudah Dikenal Pasti, Harap Kerajaan Bantu Dapatkan Pasport Malaysia
- Kena ‘Scam’ Pemain Warisan, Malaysia Jadi Bahan Ketawa
Youth Development are clubs responsibilities. Not FAM. What FAM and MFL must look at are competitive Youth tournaments. Second all clubs must have proper training facilities. Memang senang nak salahkan FAM. But the day kita start salahkan diri kita sendiri is the day football… https://t.co/r9NkMBSdiz
— HRH Crown Prince of Johor (@HRHJohorII) January 11, 2025
“Perkembangan pemain muda adalah tanggungjawab kelab. Bukan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM). FAM dan MFL perlu lakukan ialah menyediakan kejohanan yang kompetitif untuk pemain muda.
Seterusnya, kelab perlu memiliki fasiliti latihan yang baik. Memang senang nak salahkan FAM. Tapi hari dimana kita salahkan diri sendiri, itu adalah hari bola sepak Malaysia berubah.
“Kelab mesti bertanggungjawab dalam menaikkan standard,” tulis beliau.
Sebelum ini, Tunku Mahkota Ismail menegaskan beliau sudah menemui kira-kira tujuh pemain warisan buat skuad Harimau Malaya.
Dalam ciapan tersebut, Tunku Ismail telah memuatnaik foto baginda bersama Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Harimau Malaya, Rob Friend, Dr Craig Duncan (Ketua Prestasi Tinggi dan Perubatan Sukan Harimau Malaya) dan Tim Cahill.
“Kami telah mengenalpasti 6-7 pemain warisan untuk pasukan Harimau Malaya,” ujar Tunku Ismail dalam ciapan tersebut.
“Diharapkan kerajaan Malaysia dapat membantu dalam proses mendapatkan pasport Malaysia agar mereka dapat bermain untuk Harimau Malaya pada kelayakan Piala Asia 2027 mulai bulan Mac ini.”
“Mustahak [buat] Harimau Malaya memulakan kempen kelayakan dengan keputusan yang positif.
Tunku Ismail juga pernah mendedahkan bahawa ramai pemain yang dicanang-canangkan mempunyai darah Malaysia langsung tidak mengetahui tentang negara kita.
Malah turut ada yang mengakui keluarga mereka tidak mempunyai sebarang pertalian dengan negara Malaysia.
Ia dibuktikan dengan penjelasan daripada Isaac Hayden dan Josh Brownhill dalam menafikan spekulasi yang mengatakan mereka mempunyai darah Malaysia.