Pereka fesyen tempatan, Arma Rahman baru-baru ini memperkenalkan koleksi Raya untuk label Arma Couturenya di Pameran Fesyen Arma Couture @ The Avenoir Luxe Raya. Koleksi ini menampilkan lebih 30 rekaan baharu untuk lelaki dan wanita, dengan kebanyakan potongannya adalah reka bentuk semula inovatif pakaian Melayu tradisional, baju Melayu dan baju kurung.

Akan tetapi, rekaan baju Melayu ‘see-through’ atau tembus pandang telah menjadi bualan ramai. Difahamkan, bahan sifon yang digunakan untuk pakaian itu mencipta rupa tembus yang menunjukkan badan model lelaki.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Segelintir masyarakat mendakwa rekaan tersebut merosakkan nilai-nilai budaya Melayu dan rekaan itu seperti seksualkan lelaki.

Susulan itu, dalam satu temu bual bersama media, Arma terlihat bersedia sekiranya dikecam kerana penggunaan bahan see-through dalam koleksi baju Melayu yang direka olehnya.

“Sebenarnya untuk nampak lebih sopan, boleh sahaja baju Melayu itu dipakai bersama tshirt atau singlet di dalam. Walaubagaimana pun, saya percaya baju Melayu ini sesuai dengan cuaca panas di negara kita ini. Tapi walaupun rekaan saya sebegitu, saya tidak melucahkan baju itu lagi-lagi dengan penggunaan material (shifon) dan inovasi yang digunakan.

“Kalau dilihat pada model yang peragakan baju Melayu tersebut, masih terlihat sopan dengan memakai sampin. Sebenarnya baju Melayu itu tidaklah tidaklah see-through sangat kerana ia bergantung kepada pencahayaan di persekitaran.” ujarnya.

Tambahnya, walaupun rekaan baju Melayu mengandungi elemen see-through tetapi kesopanan tetap diutamakan.