Baru-baru ini, tular sebuah video pendakwah selebriti iaitu Don Daniyal Don Biyajid atau Ustaz Don mengupas berkenaan topik ‘Depresi Dari Sudut Islam.’

Dalam temu bual itu, Ustaz Don memberi contoh lirik lagu kumpulan muzik ternama dari United Kingdom, Coldplay iaitu ‘Fix You’. Kata Ustaz Don, punca utama individu alami tekanan kerana tidak tahu kemahuan diri.

HYPE
Dari Konten Ke Jualan, TikTok Shop ‘Game Changer’ E-Dagang
Baca lagi →

Baca Juga:

“Kalau kawan-kawan tanya saya jawab macam ini. Antara benda yang kekurangan ialah apa yang ada dalam lagu Coldplay. Kalau boleh dengar lagu Coldplay, tajuk dia ‘Fix You’.

When you get what you want, but not what you need. Dia tidak dapat memenuhi apa yang dia mahu. Sedangkan dia tidak tahu sebenarnya apa yang dia mahu.

Apa yang anda mahu? Anda nak hidup bahagia ka? Anda nak duit banyak ka? Anda nak hati tenang ka? Dia sendiri tidak tahu apa yang dia mahu. Jadi itu punca utama.

Dia dapat dan dia sangka benda yang dia dapat itu tidak selari dengan apa yang dia mahu”, ulas lanjut oleh beliau.

Dalam pada itu, Ustaz Don turut mengambil kisah Siti Maryam yang mengandung dan melahirkan anak lelaki iaitu Nabi Isa tanpa disentuh oleh mana-mana lelaki.

Tekanan ini berlaku bila mana seseorang tidak mahir dengan ilmu qada’ dan qadar. Disebabkan hari ini masyarakat kurang ilmu qada’ dan qadar, maka mereka tidak faham bagaimana mahu menghubungkan sesuatu perkara yang berlaku disebabkan ketentuan Sang Pencipta.

Oleh itu, apabila jadi sesuatu, mereka lebih cepat untuk mendapat despresi. Berdoalah mudah-mudahan kita semua jangan termasuk dalam golongan orang begitu dan disembuhkan daripada penyakit despresi buat mereka yang mengalaminya.