Pasukan Perlis United yang sebelum dicanang bakal beraksi dalam saingan Liga Super musim ini dilaporkan membuat pusingan U dan tidak mahu beraksi di divisyen utama saingan liga bola sepak negara itu.

Sebelum ini, pengelola Liga Malaysia, Malaysia Football League (MFL) mengumumkan Perlis akan mengisi slot ke-14 Liga Super musim ini tetapi kelab itu diarah memenuhi syarat tambahan untuk layak menerima lesen luar biasa (extraordinary license) yang bersyarat.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Akan tetapi, memetik laporan Majoriti, kelab di Utara tanah air itu memutuskan untuk menarik diri daripada menyertai Liga Super.

Perlis United
Sumber Gambar: Perlis United

Mereka dilaporkan telah menghantarkan surat kepada pihak MFL dengan menyatakan hasrat untuk menarik diri daripada menjadi kelab Liga Super kerana faktor kewangan.

Sehingga artikel ini ditulis, tiada sebarang pengumuman rasmi dari pihak kelab sama ada mereka menarik diri atau kekal bersaing dalam saingan Liga Super musim ini.

Perlis United dilaporkan mempunyai sejumlah dana berjumlah RM25 juta untuk bertanding dalam Liga Super. Namun, dana tersebut sukar untuk dipercayai oleh peminat bola sepak tanah air lebih-lebih lagi satu demi satu penaja memutuskan untuk menarik diri.

Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli yang menyatakan sokongan terhadap kelab tersebut. Namun begitu, sokongan tersebut hanya terhad kepada dorongan secara moral sahaja.

Ia tidak tertakluk kepada sokongan dalam bentuk kewangan oleh pihak Menteri Besar dan kerajaan negeri. Disebabkan itu, penaja-penaja yang dilaporkan akan menyertai kelab tersebut memilih untuk menarik diri.

Menurut kenyataan rasmi Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MFL, Stuart Ramalingam, dokumen dikemukakan oleh PUFC lebih kukuh berbanding tiga pasukan yang turut memohon lesen luar biasa tersebut.

Tiga kelab tersebut ialah Imigresen FC, KL Rovers FC dan Harini Selangor FT.

Ahli Lembaga Pengarah MFL memutuskan Perlis hanya akan diberikan Lesen Bersyarat Luar Biasa dengan mematuhi beberapa keperluan dan kriteria yang ditetapkan oleh FIB susulan janji dan jaminan yang diberikan kepada FIB daripada pegawai-pegawai PUFC semasa pembentangan mereka.

Setiap permohonan perlu melengkapkan kriteria dan sub-kriteria iaitu Infrastruktur, Kakitangan & Pentadbiran, Sukan, Perundangan, Kewangan dan Perniagaan yang telah dinyatakan dalam Peraturan Pelesenan Kelab MFL Edisi 2023.