Kerajaan Perlis kini memutuskan bahawa bermula 1 Februari 2024 kelak akan diwajibkan untuk setiap papan tanda premis perniagaan, serta iklan di Perlis mempunyai tulisan jawi padanya.

Pelaksanaan ini tertakluk kepada permohonan baharu bagi mana-mana premis perniagaan dan juga papan tanda iklan, tanpa menganggu papan tanda iklan yang sedia ada. Ini bermakna, sekiranya premis perniagaan sedia ada masih elok tetapi tiada tulisan jawi, maka ia masih dibenarkan digunakan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Sebaliknya, sekiranya ingin menggantikan papan tanda premis perniagaan yang sudah rosak atau pudar ke baru, maka mereka diwajibkan untuk menyertakan tulisan jawi pada papan tanda perniagaan berkenaan.

Ini merupakan sebahagian usaha kerajaan negeri dalam terus memperkasakan dan mendedahkan tulisan jawi kepada semua lapisan masyarakat di negeri Perlis.

“Kita juga akan menubuhkan satu unit baharu di Majlis Perbandaran Kangar (MPK) bagi memantau serta meneliti setiap permohonan baharu bagi memastikan ejaan dan tulisan papan tanda di premis perniagaan mematuhi spesifikasi ditetapkan,” kata Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan negeri, Asrul Aimran Abd. Jalil.

Perlis mengikuti langkah beberapa negeri seperti Kelantan dan Kedah yang mewajibkan penggunaan tulisan jawi di setiap papan tanda premis perniagaan.

Menurutnya, MPK juga akan bekerjasama dengan Jabatan Agama Islam negeri, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis serta Munshi Jawi dari Dewan Bahasa dan Pustaka bagi memastikan tulisan digunakan betul.

Selain itu katanya, papan tanda nama jalan di bawah pengurusan MPK juga telah dimasukkan tulisan jawi di beberapa taman perumahan baharu

Sumber