Pencarian kelab baharu buat bekas penjaga gol Manchester United, David De Gea terpaksa diteruskan selepas beliau gagal mencapai kata sepakat bersama Genoa.
Perkembangan terkini itu disahkan Goal yang mengatakan nilai gaji diminta De Gea tidak masuk akal hingga membuatkan kelab saingan Serie A itu menamatkan perbincangan.
Baca Juga:
- David De Gea Tolak Tawaran Mewah Al-Nassr Kerana Sayangkan Isteri
- Harry Maguire: Saya Sebahagian Daripada Masa Depan Man Utd
- CEO Baharu Man Utd Gariskan Perkara Yang Perlu Dielakkan Ketika Jendela Perpindahan
Berikutan keadaan tersebut, Genoa yang dibimbing Alberto Gilardino terus melupakan hasrat untuk membawa penjaga gol berusia 33 tahun itu dan kini sedang mencari calon lain.
De Gea sebelum ini mempunyai reputasi yang hebat sepanjang menyarung jersi Manchester United sehingga pernah dianggap sebagai salah seorang penjaga gol terbaik dunia.
Namun, walaupun memenangi sarung tangan emas pada musim terakhirnya di United, beliau memilih untuk meninggalkan pasukan pada musim panas lalu, dengan Red Devils menandatangani Andre Onana.
Keadaan yang menyebabkan sudah semusim beliau tidak beraksi di pentas kompetitif dan masih mengintai peluang bagi mendapatkan pasukan baharu.
Penjaga gol kelahiran Madrid, Sepanyol itu menyertai Manchester United dari Atletico Madrid pada tahun 2011 dan telah membuat 545 penampilan dalam semua pertandingan bersama kelab tersebut.
Beliau pernah mengecapi nikmat selaku juara Liga Perdana Inggeris (EPL) 20212/13, Piala FA 2015/16, dua kejuaraan Piala Carabao (2016/17 dan 2022/23) serta Liga Europa 2016/17.
Dengan gagal untuk ke Genoa, De Gea difahamkan turut dikaitkan dengan perpindahan ke saingan Saudi Pro League dan pada masa ini beliau hanya berlatih secara bersendirian untuk mengekalkan tahap kecergasan dan prestasinya.