Kecoh sejak semalam di media sosial apabila influencer terkenal Alif Teega mendedahkan telah bernikah dengan isteri kedua pada minggu lalu.

Kenyataan yang dibuat telah mengejutkan pelbagai pihak memandangkan ramai yang mengenai pasangan ini sebagai pasangan yang sweet serta sering berkongsi mengenai hubungan rumah tangga.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Lebih mengeruhkan keadaan, difahamkan isteri pertama, Aisyah Hijanah kini sedang mengandungkan anak ketiga mereka.

Pendedahan yang dibuat di saat isterinya sedang mengandung ini secara tidak langsung telah membuat para netizen kurang senang mengenai tindakannya. Malah, Alif Teega sebelum ini kerap memuji isterinya sebagai seorang yang kuat dan luar biasa.

Berikut merupakan respon daripada netizen mengenai pengumuman pernikahan yang dibuat Alif Teega.

Sumber: Instagram @alifteega
Sumber: Instagram @alifteega

 

Sumber: Instagram @alifteega

Sementara itu, Aisyah Hijanah menerusi Instagram miliknya turut memuat naik sebuah video ringkas dengan memaklumkan beliau redha dengan apa yang berlaku serta yakin dengan Allah sepenuhnya.

Beliau akui ujian yang diterima amat berat namun Aisyah turut memaklumkan jalan ke Syurga tanpa hisab juga tidak mudah. Aisyah turut menasihatkan orang ramai agar tidak mengecam tindakan suaminya yang memilih untuk bernikah seorang lagi.

Sebelum ini, Alif Teega turut menjadi perhatian ramai selepas Aisyah memuat naik video membawa suaminya ke pusat rawatan Islam di mana ustaz tersebut mengatakan bahawa Alif Teega terkena penyakit