Pemain tengah yang pernah dikaitkan dengan Malaysia, Josh Brownhill dilaporkan menjadi rebutan kelab Liga Perdana Inggeris (EPL).
Brownhill bergelar ejen bebas selepas meninggalkan Burnley pada hujung musim 2024/2025 sekaligus tidak terikat dengan mana-mana kelab.
Baca Juga:
- Josh Brownhill Nafi Ada Pertalian Dengan Malaysia

- Peter Cklamovski Jelaskan Situasi Nacho Mendez Bersama Harimau Malaya

- Deportivo Alavés Tolak Tawaran 10 Juta Dari Kelab EPL Untuk Facundo Garces

Sebelum ini, Brownhill yang terkenal kerana gaya permainan versatile itu telah menolak tawaran dari kelab Liga Perdana Wolves dan kelab Kejuaraan iaitu Leicester City.
Josh Brownhill Jadi Rebutan

Menurut laporan, Leed United muncul sebagai kelab terbaru yang berminat untuk mendapatkan khidmat Brownhill.
Leeds, yang sedang berusaha untuk bertahan di EPL dilihat boleh mendapat manfaat daripada pengalaman Josh Brownhill.
Pemain itu membuat 177 penampilan untuk Burnley, di mana dia menjaringkan 11 gol dan memberikan 16 assist.

Walaupun perpindahan ke luar negara boleh menawarkan cabaran baru, tinggal di England mungkin menarik kerana beliau sudah biasa dengan liga dan rekod prestasi yang terbukti.
Sebelum ini, Brownhill membuat penafian mengenai dakwaan yang mengatakan beliau mempunyai kaitan dengan Malaysia.