Baru-baru ini Perdana Menteri telah terbang ke Indonesia bagi menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-43 yang berlangsung di Jakarta dari 5 hingga 7 September.

Anwar Ibrahim juga berpeluang menghadiri acara ‘Temu Anwar’, sebuah program dialog anak muda bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, buat julung kali diadakan di luar negara di Jakarta, Indonesia.

Baca Juga:

Ramai individu terkenal tidak melepaskan peluang untuk bertemu Perdana Menteri Malaysia, termasuklah vokalis dan ketua kumpulan rock terkenal Dewa 19, Ahmad Dhani.

Dalam satu hantaran Instagram (IG) yang dikongsikannya semalam, pengguna media sosial berasa geli hati selepas membaca caption ringkas gambarnya bersama Anwar Ibrahim.

“Sama-sama pernah dipenjara,” kongsi Ahmad Dhani.

Ternyata hantaran IG itu mendapat pelbagai reaksi netizen. Ramai tidak menyangka beliau akan menulis caption ringkas yang mempunyai maksud tersirat seperti itu.

Pada masa sama ramai yang kagum bagaimana dua individu yang pernah dipenjara satu ketika dahulu telah menjadi sosok yang disegani dan dihormati ramai pada hari ini.

Sumber Gambar: IG @ahmaddhaniofficial
Sumber Gambar: IG @ahmaddhaniofficial
Sumber Gambar: IG @ahmaddhaniofficial

Untuk makluman, Ahmad Dhani pernah ditahan dan dipenjarakan di Cipinang, Jakarta Timur selama 18 bulan pada tahun 2019.

Manakala Anwar Ibrahim pula dipenjara sebanyak dua kali iaitu pada tahun 1996 dan 2015 di Penjara Sungai Buloh.