Sekitar September lalu, tular seorang usahawan yang dengan membangganya ‘berkongsi’ kejayaan beliau memiliki Lamborghini pada usia yang muda. Malah, beliau juga turut mencipta kontroversi dengan memaklumkan mahu membawa masuk kereta Lamborghini beliau ke Langkawi bagi membolehkan warga Lamborghini melihat kereta mahal tersebut.

Kenyataan yang dikeluarkan sekaligus sekadar menjadi bahan tawa warga Langkawi melihat karenah usahawan muda ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Terbaharu, usahawan yang dikenali sebagai Ayunie ini dilaporkan ditimpa musibah apabila paras air naik dengan pantas sekaligus membuatkan Ayunie resah untuk selamatkan kereta Lamborghini beliau.

Difahamkan Ayunie bersama keluarga kini sedang berada di Indonesia dan terpaksa meminta pertolongan rakan media sosial untuk mencari khidmat towing menyelamat kereta kesayangannya yang terletak di Kelantan.

Selepas beberapa bertungkus-lumus meminta bantuan rakan serta followers, usahawan ini berjaya mendapatkan khidmat towing yang mampu selamatkan Lamborghini milikinya.

@huzaimices

Mention owner jap😢 #fyp #foryou #banjir #2022 #kelantan

♬ original sound – Ikaika🧸❤️‍🩹

Dalam pada itu, di sebalik perkongsian video kereta Lamborghini ditarik lori towing, respon daripada para netizen amat berbeza apabila turut mengingatkan tingkah lakunya terhadap warga Langkawi. Tidak kurang juga yang membandingkan kereta Lamborghini dengan kereta Myvi.

Sumber: TikTok @huzaimices
Sumber: TikTok @huzaimices

Menurut Ayunie, beliau bersyukur tidak terhingga kereta beliau berjaya diselamatkan pada saat-saat akhir. Beliau memaklumkan situasi mungkin berbeza sekirnya lewat setengah jam lagi.

Didoakan semoga urusan warga Malaysia yang terkesan dengan banjir dipermudah urusan sekaligus diharap air banjir dapat kembali surut semula.