Dalam satu penyelidikan yang dilakukan oleh Susquehanna Financial Group, pengguna semakin terdesak untuk mendapatkan bekalan semikonduktor sehinggakan jurang antara pesanan cip dan penghantaran meningkat menjadi 17 minggu pada April lalu.

Menurut satu laporan dari Berita Harian, Perodua dijangka akan membuat pencatuan pengeluaran kenderaan bagi mengatasi masalah gangguan bekalan cip semikonduktor yang telah memberi kesan kepada prestasi jualan mereka.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Disebabkan masalah tersebut, jualan kenderaan Perodua telah susut sebanyak 17% kepada 20,399 pada bulan April berbanding Mac. Gangguan bekalan cip semikonduktor itu memberi kesan tertumpu pada model Myvi.

Eddy Do Wey Qing, Penganalisis RHB Investment Bank Bhd, berkata untuk mengehadkan penurunan jumlah jualan beberapa bulan akan datang, Perodua akan mengambil langkah untuk membuat pencatuan.

Menurutnya lagi, sehingga April tahun ini jumlah jualan kenderaan Perodua adalah 78,304 unit, 33% daripada unjuran tahunan RHB sebanyak 235,000 unit.

“Angka ini sedikit di bawah jangkaan, namun pembeli dijangka akan meneruskan pembelian mereka sekali gus memberikan prestasi separuh pertama 2021 yang lebih kukuh.

“Kami mengekalkan sasaran jumlah penjualan Perodua kerana yakin minat pembelian akan terus kukuh tahun ini. Ia akan disokong oleh jumlah pesanan, pelancaran model baharu dan kitaran penggantian,” terang Eddy.

Peningkatan semula kes COVID-19 di seluruh dunia telah menyebabkan permintaan semikonduktor semakin meningkat tetapi pengeluarannya semakin terhad, lalu menyebabkan pelanggan terpaksa ‘menunggu’ kereta mereka lebih lama untuk disiapkan.

Sekali pandang, anda tidak akan perasan kereta ini sebenarnya sebuah Proton Inspira. Klik pautan dibawah untuk baca lebih lanjut.

Peminat Kereta Puji Hasil Kerja Bengkel Ini Hasilkan ‘Bodykit’ Menawan Untuk Proton Inspira

Gambar OOTD Raya Di Hadapan Kereta Cetus Pertikaian Antara Ahli ‘Group’ Myvi

Ini Proses ‘Private Collector’ Malaysia Beli Model Bugatti Edisi Terhad Bernilai RM25 Juta