Sehingga hari ini industri automotif dunia masih terjejas dengan penularan pandemik COVID-19. Tetapi ia tidak mematahkan semangat pengeluar kereta jenama tempatan, Perodua untuk terus meningkatkan angka jualan pada tahun ini.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Dato’ Zainal Abidin Ahmad yakin pada tahun 2021 ini mempunyai sinar harapan untuk Perodua melangkah ke hadapan.

“Dengan pengecualian cukai jualan yang dilanjutkan sehingga akhir-Jun 2021, perkembangan vaksin COVID-19 baru-baru ini dan permintaan berterusan bagi semua model kami, kami yakin 2021 akan menjadi tahun pemulihan buat kami,” kata beliau.

Perodua menyasarkan untuk menjual 240,000 unit kenderaan pada 2021 berikutan permintaan tinggi bagi model-modelnya serta lanjutan pengecualian cukai jualan yang diumumkan kerajaan baru-baru ini.

vocket-perodua-jualan-2021-dato-zainal-1
Sumber Gambar: Berita Harian

Jualan pada tahun 2020 berjumlah 220,163 unit terdiri daripada 66,330 unit Myvi, 59,651 unit Axia, 56,996 unit Bezza, 22,494 unit Aruz, 14,691 unit Alza dan satu model lain berbanding jumlah keseluruhan industri (TIV) sebanyak 529,434 unit, memberikan Perodua 41.6% penguasaan pasaran.

vocket-perodua-jualan-2021-dato-zainal
Sumber Gambar: The Star

“Kami mengucapkan terima kasih kepada semua rakyat Malaysia kerana menjadikan Perodua pengeluar kenderaan terlaris di negara ini selama 15 tahun berturut-turut.

“Dalam usaha kami untuk terus mendapatkan sokongan daripada para pelanggan kami, Perodua akan mengubah pendekatan kami dalam segala aspek, baik dalam perhubungan pelanggan, nilai-nilai kami mahupun operasi kami – terutama sekali di bahagian jualan kami, Perodua Sales Sdn Bhd,” kata Dato’ Zainal.

Menurut beliau, dengan pendekatan yang dinamakan Perodua Smart Build, akan merevolusikan penawaran Perodua di samping meningkatkan lagi kemampuan operasi syarikat pada masa akan datang.

Sebelum ini Proton optimis dapat gandakan jualan dalam pasaran tempatan mahupun luar negara pada tahun ini.

Proton Optimis Dapat Gandakan Jualan Eksport Dalam Tempoh Setahun

10 Sebab Mengapa Lelaki Ini Berpendapat Pusat Cuci Kenderaan Wajar Dibuka Sewaktu PKP

Perodua Tersenarai Antara Jenama Paling Dipercayai Tahun 2020

Sumber