Kelab gergasi bola sepak Perancis, Paris Saint-Germain (PSG) dikatakan masih belum membayar gaji bulan April serta bonus sejak Februari pemain bintang, Kylian Mbappe.

Tunggakan gaji itu sudah pastinya berkait rapat dengan pemergian Mbappe sebagai ejen bebas selepas enggan menandatangani kontrak baharu bersama kelab tersebut.

Taobao
HYPE
Raya Extra Meriah! 5 Dekorasi DIY Dari Taobao Wajib Ada Untuk Rumah Anda!
Baca lagi →

Baca Juga:

Malah, beliau memilih untuk menyertai Real Madrid bagi memenuhi impiannya sejak kecil.

Perkembangan terkini mengenai tunggakan gaji serta bonus Mabppe itu disahkan media Perancis, L’Equipe dimana kini berada di fasa penglibatan peguam dalam usaha untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Hubungan Mbappe dan pemilik kelab, Nasser Al-Khelaifi menjadi dingin selepas pemenang Piala Dunia 2018 itu gagal mencapai kata sepakat bagi terus mengekalkannya di PSG.

Menurut sumber Marca, Khelaifi pernah mengeluarkan kenyataan mengenai tindakan Mbappe meninggalkan kelab tersebut sebagai ejen bebas.

“Anda tidak boleh pergi secara percuma dan menguatkan pesaing terbesar kami (merujuk kepada Real Madrid). Semua pemain hebat seperti Jude Bellingham, Harry Kane pergi dengan meninggalkan wang kepada kelab lama mereka.”

Menurut sumber laporan BBC, Kylian Mbappe akan menandatangani kontrak selama lima tahun bersama Real Madrid dengan menerima £12.8 juta semusim dan tambahan £128 juta bonus yang akan dibayar selama lima tahun.

Selain itu, Kylian Mbappe akan turut diberikan jersi nombor 10 dimana nombor tersebut pada ketika ini digunakan oleh pemain tengah berpengalaman, Luka Modric.

Sumber