Persabatan Antarabangsa Tier 1 – India vs Malaysia [18 November 2024, 10:00 malam – Stadium Gachibowli, Hyderabad]
Para peminat bola sepak tempatan kini boleh menyaksikan siaran langsung perlawanan yang melibatkan skuad Harimau Malaya menerusi beberapa saluran rasmi.
Jangan risau jika anda tidak sempat berada di depan TV kerana masih boleh menonton secara Live Streaming menerusi pautan yang disediakan dimana sahaja anda berada.
Link siaran langsung:
Astro turut menyiarkan perlawanan tersebut di saluran 122 namun anda perlu memiliki aplikasi Astro Go atau Sooka untuk menonton saluran ini.
Perlawanan ini cukup bermakna kerana ia memberikan pulangan mata ranking kerana berlangsung dalam Kalendar Antarabangsa FIFA.
Berdasarkan ranking terbaharu Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) pada 19 September lalu, India kini berada di kedudukan ke-126 dunia, enam anak tangga dibezakan dengan Malaysia di kedudukan ke-132 dunia.
Aksi persahabatan tersebut diaturkan sebagai medan persiapan skuad kendalian Pau Marti bagi menghadapi saingan Piala AFF Mitsubishi Electric pada hujung tahun ini selain Kelayakan Piala Asia 2027 yang bermula tahun depan.
Kali terakhir Malaysia bertemu India ialah pada 13 Oktober 2023 untuk perlawanan Pestabola Merdeka 2023 yang mana skuad Harimau Malaya yang ketika itu dibimbing Kim Pan-gon mencatat kemenangan 4-2 di Stadium Nasional, Bukit Jalil.
Malaysia turut pernah bertandang ke India bagi siri dua perlawanan persahabatan menentang negara tersebut pada 2011 yang mana skuad Harimau Malaya kendalian Datuk K. Rajagobal ketika itu seri 1-1 pada aksi pertama di Guwahati dan tewas 3-2 pada aksi kedua di Kolkata.